Apa Itu Circadian Rhythm? ‘Body Clock’ Dalam Badan Yang Kawal Waktu Tidur Kita

3 weeks ago 32

Korang pernah tak terfikir kenapa ada orang kata tak elok bersukan pada waktu malam? Kenapa ada yang mengatakan ia boleh memberi risiko tinggi kepada penyakit seperti serangan jantung?

Walaupun kita nampak sihat dan bertenaga, tapi persoalan ini ada berkait rapat dengan ‘circadian rhythm’ atau dalam Bahasa Melayunya dipanggil irama sirkadian, yang mempunyai kaitan dengan kitaran waktu tidur dan bangun kita.

‘Circadian rhythm’ ini bukan sahaja mempengaruhi kitaran waktu tidur dan bangun saja, tapi ia juga tentang bagaimana badan kita berfungsi sepanjang hari, termasuklah masa yang sesuai untuk bersenam. Bila kita bersenam pada waktu yang tidak selaras dengan bagaimana irama semula jadi badan telah tetapkan, inilah yang mungkin menyebabkan risiko kesihatan seperti serangan jantung berlaku.

Tapi ‘circadian rhythm’ ni apa? Jom kita fahamkan konsep ini satu-satu.

Circadian rhythm

circadian rhythm

Dalam sejarah manusia, kitaran waktu malam dan siang yang berlaku secara teratur telah mempengaruhi cara kehidupan berkembang. Banyak makhluk hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuhan sudah beradaptasi dengan kitaran semula jadi bumi yang disesuaikan dengan perubahan yang berlaku apabila bumi berputar pada paksinya.

Setiap 24 jam, cahaya dan suhu di sekitar kita berubah dalam corak seperti yang kita jangkakan. ‘Circadian rhythm’ ni banyak bantu makhluk hidup untuk menyesuaikan diri dengan perubahan ini, menjadikan kita dapat menguruskan tenaga, cari sumber makanan serta berkembang dan sembuh dengan lebih baik.

Bagi manusia macam kita, ‘circadian rhythm’ sangat memainkan peranan penting dalam aspek kehidupan. Sebab ia bukan sahaja mengatur waktu tidur dan bangun, tapi ia juga merangkumi suhu badan, sistem imun, hormon, metabolisme, fungsi otak dan bagaimana tubuh badan bertindak balas terhadap stres.

Bayangkan circadian rhythm’ ini seperti jam biologi badan atau ‘body clock‘ kita. Bila kita dengar lagu, ada masa kita dengar melodi dimainkan dengan cepat dan ada melodi yang dimainkan perlahan mengikut kesesuaian.

Maka, begitu juga dengan tubuh badan kita iaitu ada masa untuk aktif dan ada masa untuk berehat, di mana semua itu bergerak mengikut kitaran waktu yang telah ditetapkan secara semula jadi.

Artikel Berkaitan: Remaja Mati Terkena Serangan Jantung Lepas Main PUBG 6 Jam Tanpa Henti – Lobak Merah

Artikel Berkaitan: “Bersalahnya aku…” – Suami Terduduk, Isteri Suri Rumah Masuk ICU Gara-gara Stress Melampau – Lobak Merah

Bagaimana ia berfungsi? 

irama sirkadian

‘Circadian rhythm’ ni dikawal oleh ‘body clock’ kita sebagai jam utama di nukleus suprachiasmatic (SCN), iaitu di otak.

Jam utama ini beroperasi dengan kitaran yang panjang sedikit daripada 24 jam, menjadikan ia perlu menyesuaikan diri setiap hari supaya ia boleh diselaraskan dengan putaran bumi serta ia diatur mengikut isyarat persekitaran yang dikenali sebagai ‘zeitgebers’ iaitu cahaya, waktu makan, senaman dan rutin harian.

‘Zeitgebers’ yang paling kuat adalah cahaya dan gelap, di mana ia berfungsi untuk bantu tubuh menyesuaikan fungsi lain seperti tenaga, suhu badan dan waktu tidur. Hormon dan isyarat kimia akan dihantar ke tisu badan kita untuk mengatur kitaran ni semua.

Bagi bayi‘circadian rhythm’ berkembang selepas kelahiran mereka dan pada usia 2 hingga 4 bulan, mereka mula menyesuaikan diri dengan kitaran cahaya dan gelap. Kanak-kanak pula biasanya ikut irama atau kitaran ini dengan lebih teratur iaitu mereka akan bangun awal dan memerlukan tidur siang.

Bagi remaja, ‘circadian rhythm’ akan beralih lebih lewat ketika mereka membesar, jadi mereka akan tidur lebih lewat dan susah untuk bangun awal. Itu yang selalu rasa tak cukup tidur bila nak pergi sekolah.

Kalau orang dewasa pula, selalunya ‘circadian rhythm’ mereka akan cenderung kepada keadaan yang dah stabil. Mereka akan mudah tidur malam dan terjaga bila dah pagi.

Tapi, gaya hidup juga mempengaruhi pola tidur setiap individu. Ada sesetengah orang lebih suka bangun awal dan ada juga sesetengah orang lebih suka berjaga malam.

Apa yang boleh ganggu circadian rhythm? 

insomnia

Sebenarnya, tak semua orang akan ada kitaran ‘circadian rhythm’ yang sama ekoran perbezaan dalam gaya hidup bagi setiap individu. Sedikit sebanyak perubahan ini sebenarnya boleh mengganggu ‘circadian rhythm’ yang sudah sedia mengikut sistem semula jadi bumi ini.

Salah satu faktor terbesar yang boleh ganggu ‘circadian rhythm’ adalah jadual tidur yang tidak teratur seperti tidur lewat atau bangun lewat pada hujung minggu. Perkara ni sebenarnya akan mengelirukan ‘body clock’ kita dan menyebabkan kita susah untuk tidur dan bangun dengan konsisten.

Orang yang bekerja mengikut waktu syif juga boleh ganggu ‘circadian rhythm’ mereka sebab ia mempengaruhi pendedahan cahaya dan gelap secara semula jadi. Bila perubahan waktu bekerja kerap berubah, terutamanya kerja pada waktu malam, ia boleh ganggu ‘body clock‘ keliru dengan persekitaran sehingga tak boleh nak selaras dengan kitaran semula jadi bumi.

Selain itu, penggunaan skrin elektronik yang berlebihan pada waktu malam macam telefon dan komputer, sebenarnya boleh menghalang pengeluaran melatonin iaitu hormon yang bantu kita untuk tidur. Secara tak langsung, kita pun akan jadi susah nak tidur dan sekali lagi ia mengganggu kitaran waktu tidur dan bangun kita.

Kekurangan cahaya matahari pada siang hari atau pendedahan kepada cahaya buatan pada waktu malam pun boleh mengelirukan otak untuk menentukan kitaran waktu tidur dan bangun kita juga.

Sekiranya individu tersebut mempunyai masalah kesihatan seperti kemurungan, insomnia atau pengambilan ubat-ubatan, ia juga boleh mengganggu ‘circadian rhythm’ serta kualiti tidur. Persekitaran tidur yang tidak selesa seperti tempat tidur baru, pengambilan kafein atau alkohol sebelum tidur pun boleh halang tubuh badan untuk berfungsi mengikut waktu tidur dan bangun yang telah ditetapkan.

Kesan gangguan circadian rhythm

Featured LM

Kalau ‘circadian rhythm’ tak selaras dengan kitaran 24 jam siang dan malam, akibatnya boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan kehidupan kita.

Salah satu kesan utama adalah masalah tidur di mana kita jadi susah untuk tidur, lebih banyak terjada pada waktu malam dan secara keseluruhannya, kurang mendapatkan waktu tidur. Ini boleh menyebabkan gangguan tidur yang berpanjangan yang lama-kelamaan boleh berkembang menjadi insomnia.

Circadian rhythm’ juga boleh mempengaruhi prestasi kehidupan kita iaitu kerap rasa mengantuk, susah untuk memberi tumpuan, ada masalah ingatan dan susah untuk melakukan tugas yang memerlukan ketepatan.

Dari segi emosi dan sosial, kekurangan tidur ni boleh menyebabkan kita susah untuk urus masalah stres dan emosi dan secara tidak langsung boleh menjurus kepada masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan konflik dalam hubungan.

Selain itu,‘circadian rhythm’ ini sekiranya tidak dipantau atau diambil ringan, ia boleh meningkatkan risiko kemalangan jalan raya atau kecederaan di mana-mana jua. Contohnya masalah kesihatan seperti obesiti, serangan jantung, tekanan darah tinggi dan kanser.

Itu yang orang selalu pesan, tidak elok untuk bersenam pada waktu malam sebab badan kita sebenarnya berada dalam fasa yang tidak sesuai untuk melakukan aktiviti fizikal. Oleh itu, bersukan pada waktu malam memang boleh memberi kesan negatif kepada tubuh kita sebab ‘circadian rhythm’ kita dah tak selaras dengan waktu aktiviti fizikal yang sepatutnya dilakukan pada waktu lain.

Sekiranya perkara ini diabaikan dan korang terus bersukan pada waktu yang tidak sesuai dengan ‘body clock’ kita, risiko seperti serangan jantung memang berpotensi untuk berlaku. Walaupun sukan pada waktu malam nampak menarik kerana waktunya terasa lebih tenang dan sejuk, tapi tubuh kita sesungguhnya lebih sesuai untuk melakukan aktiviti fizikal mengikut waktu yang bertepatan dengan irama semula jadi tubuh kita sahaja.

Maka dengan itu, ‘circadian rhythm’ ni sangat penting dalam kesihatan fizikal dan mental kita. Dengan mengikuti kitaran semula jadi tubuh kita, secara tidak langsung kita pun boleh meningkatkan kesihatan dan mengelakkan risiko yang tidak diingini.

Ingatlah yang kita nak pakai tubuh badan ini lama, jadi perlulah hormati dan ikuti irama semula jadi yang sudah ditetapkan supaya kita dapat kehidupan yang lebih sihat dan seimbang.

Sumber: Sleep Foundation

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |