Anak kepada penyanyi Siti Saerah, Ahmad Dayyan atau dikenali sebagai Amad, mengejutkan penonton apabila tiba-tiba rebah ketika membuat persembahan terakhir pada program Talk To My Manager (TTMM) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.
Amad, 13, kemudian diangkat oleh pengurus pentas untuk dibawa ke belakang pentas. Kejadian itu turut mencemaskan Siti Saerah yang hampir menitis air mata sambil ditenangkan oleh rakan-rakan pengurus lain.
@f8buzzApa jadi pada Amad?! 🔥 🎤✨ Talk To My Manager minggu 8, konsert Grand Finale! Siapa pengurus terbaik, artis mana bakal juara sulung?! 📅 Setiap Ahad ⏰ 9 malam 📺 Astro Ria (CH.104) • Astro Go • sooka 👑 Hos: Datuk Aznil Hj. Nawawi Juri: Che Puan Sarimah & Dato’ AC Mizal #f8buzzhiburan #TalkToMyManager #AstroRia #RealityShow #amad
♬ original sound – F8Buzz – F8Buzz
Shuib tak nafi kemungkinan ada gangguan mistik
Sementara itu, pelawak dan usahawan Shuib turut terkejut dan bersimpati melihat keadaan Amad malam tadi.
Artikel berkaitan: “Sedangkan Agong tabik hormat” – Watie Dikecam Guna Jalur Gemilang Buat Libas Punggung Thalita
Artikel berkaitan: “Cukup-cukuplah beri komen negatif” – Anak Ina Naim Tampil Bersuara, Perjelas Sebab Tindakan Ibunya
Berkongsi lanjut mengenai waktu kejadian, Shuib menerima panggilan kecemasan daripada bapa tiri Amad yang bertanyakan mengenai seorang pengamal perubatan Islam yang dikenalinya.
“Sewaktu Auddra buat persembahan tiba-tiba Idan (panggilan bapa tiri Amad) hubungi. Dia tanya fasal kawan saya yang Ustaz dan beritahu keadaan Amad tidak baik.
“Saya terkejut dan bila beritahu Saerah dia terus cemas. Jadi, bila Auddra habis buat persembahan saya terus ke belakang dan lihat keadaan Amad memang saya sedih dan bersimpati,” katanya.
Menurutnya, Amad sudah pun menerima bantuan daripada pasukan perubatan dan disahkan kesihatannya dalam keadaan baik.
“Saya dan Saerah pergi ke belakang pentas lihat keadaan dia, memang kesian. Kasut dan baju dia sudah dibuka untuk beri ruang bernafas.
“Pasukan perubatan pun ada ketika itu dan bila diperiksa semuanya dalam keadaan baik saja,” ujarnya.
Bagaimanapun, Shuib berkata dia tidak terkejut sekiranya kejadian yang menimpa Amad itu ada kaitan dengan gangguan mistik kerana dirinya pernah alami situasi serupa ketika arwah isterinya Siti Sarah bertanding di pentas sama dalam program Gegar Vaganza.
Sementara itu, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad memaklumkan pihaknya sedang menyiasat punca sebenar insiden tersebut.
Sumber: mStar