Pada tahun 2001, seorang mahasiswa dari Indonesia telah bekerja sebagai pembantu kedai sate di Kajang ketika menuntut ilmu di sebuah institusi pendidikan di Malaysia. Dia bekerja selama setahun bagi menampung kos kehidupan harian sepanjang belajar di sini.
Namun setelah lebih daripada dua dekad, ternyata alumni yang dikenali sebagai Thoriqul Haq ini masih belum melupakan tempat kerja lamanya yang terletak di Kajang. Siapa sangka, Thoriqul Haq kini sudah menjadi seseorang yang berpengaruh di negaranya.
Artikel berkaitan : Gara-gara Kecoh Isu ‘Sate Bhalut’ Mark Adam, Sate ‘Legend’ Ini Jadi Perhatian Ramai
Artikel berkaitan : Ramai Pertikai Harga 3 Cucuk Sate RM21.90 Satu Set, Mark Adam Tampil Beri Penjelasan
Dalam satu video yang berdurasi lebih 3 minit itu, beliau dilihat masih ingat lokasi tempat kerja lamanya dengan jelas biarpun sudah lebih 20 tahun berlalu. Menurutnya, dia bekerja di situ ketika sedang melanjutkan pengajian master di universiti tempatan.
“Sekitar setahun saya kerja di sini, dan saya sekarang balik ke sini beli satenya, merasakan satenya.”
@cakthoriqofficialCERITANYA, saya dulu waktu kuliah S2 di Malaysia, pernah bekerja sebagai pelayan warung sate pada tahun 2001, sekitar satu tahun, untuk biaya kiliah. Nama warungnya SATE EMAS KAJANG miliknya Pak Cik Haji Mahful. Ternyata, warungnya masih ada, dan tidak berubah, rasa satenya juga masih sama kayak dulu, gurih manis.
♬ suara asli – CAK THORIQ – CAK THORIQ
Dalam pada itu, Thoriq juga turut menceritakan pengalaman bekerja dengan pemilik asal kedai sate tersebut sebagai tukang ambil pesanan.
“Dulu saya kerja di sini, jadi benar ini restoran Sate Emas Kajang pemiliknya Mohd Rizal B. Mahful. Dulu sewaktu saya kerja di sini, masih Haji Mahful, ya sekitar tahun 2001.”
Video tersebut turut memaparkan Thoriqul beramah mesra dengan seorang wanita yang menjaga di kaunter dan bertanya khabar pemilik kedai asal tersebut, malah dia juga masih ingat lagi dengan bekas rakan sekerjanya yang masih bekerja di situ.
Untuk pengetahuan ramai, Thoriqul Haq merupakan orang penting dalam dunia politik di Indonesia. Beliau pernah menjadi Datuk Bandar Lumanjang, Jawa Timur, Indonesia.
Meninjau ke ruangan komen ramai netizen memuji sikap rendah dirinya ini biarpun kini dirinya bukanlah orang biasa-biasa. Ada juga yang tumpang gembira dengan perjalanan hidupnya.
Tak tahulah min tiba-tiba rasa terharu bila tengok cara dia ni.
Sumber : TikTok