syaz ft 2025 10 16T133411.078

Empat lelaki warga Israel yang dikatakan sedang bercuti kerana ‘meraikan’ gencatan senjata ditahan polis Thailand selepas mereka disyaki terbabit dalam pesta dadah di sebuah vila mewah di Koh Phangan.

Menurut laporan Bangkok Post, keempat-empat suspek berusia antara 26 hingga 27 tahun itu dikenal pasti sebagai Daneel, David, Kefer dan Guy.

Artikel berkaitan: “Sewa kereta tanpa lesen, kerja lebih had visa” –  Penduduk Koh Phangan Kurang Selesa Dengan Pelancong Israel

Artikel berkaitan: “Leka tonton filem” –  Pelancong Thailand Kecewa Kena Sidai Di Balai Polis Indonesia Ketika Buat Laporan Handphone Hilang

Ketika polis menyerbu vila berkenaan, mereka dilihat panik dan cuba menyembunyikan sesuatu. Hasil pemeriksaan lanjut menemui 0.59 gram kokain dan 1.37 gram MDMA (ecstasy) di atas meja makan.

Lebih mengejutkan, kumpulan lelaki itu mengaku bahawa mereka sebenarnya anggota tentera Israel yang sedang bercuti dan mereka mendakwa dadah tersebut dibeli daripada seorang rakan senegara sempena meraikan berita gencatan senjata di Palestin yang diumumkan baru-baru ini.

Katanya lagi, pesta itu turut disertai antara 10 hingga 15 rakyat Israel lain, namun sebahagian besar sudah beredar sebelum polis tiba selepas menerima aduan bunyi bising daripada penduduk sekitar.

Hasil ujian air kencing mendapati dua daripada mereka, Daneel dan Kefer, positif methamphetamine dan kokain, manakala David dan Guy positif kokain.

Kesemua mereka kini berdepan pertuduhan memiliki dan menggunakan dadah kategori 1 (MDMA) serta kategori 2 (kokain). Mereka telah diserahkan ke Balai Polis Koh Phangan untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menegaskan mereka tidak menumpukan kepada mana-mana warganegara tertentu sebaliknya semua pelancong yang melanggar undang-undang Thailand akan dikenakan tindakan sama rata.

Sumber: Threads, Bangkok Post

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.