Pendedahan yang dibuat oleh model dan pelakon, Zahnita Wilson baru-baru ini telah mengejutkan ramai orang termasuklah rakan-rakan selebriti sendiri yang bersimpati dengan nasibnya.
Selepas berita mengenai penahanan suaminya kerana keganasan rumah tangga, ramai netizen dan rakan artis tampil memberikan kata-kata semangat buat Zahnita Wilson ini.
Artikel berkaitan : Dicederakan Lepas Mahu Tinggal Berasingan, Suami Zahnita Wilson Direman 3 Hari
Artikel berkaitan :“Sangat gila” – 20 Tahun Bertahan, Zahnita Wilson Dakwa Sering Dikasari Suami
Terpanggil dengan kata-kata semangat tersebut, Zahnita meluahkan rasa terharunya kepada orang ramai menerusi Instagram miliknya.
“Assalamualaikum… Terima kasih atas semua kata-kata semangat dan, saya akan kembali bersama anda dalam masa terdekat.”
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang ingin menyokong perniagaan pai miliknya bagi membantu nasib dia menyara anak-anaknya.
Semoga Zahnita terus maju kedepan dan dimurahkan rezeki serta bebas daripada penderitaan yang dah ditanggung selama 20 tahun ini.
Sumber : Instagram