Lelaki Terpaksa Tahan Polis Beli Jam Kesayangan

Sering kali kita mendengar kisah yang kurang enak melibatkan anggota polis, tetapi sebenarnya banyak cerita murni yang dikongsikan badan beruniform ini yang boleh kita ambil sebagai iktibar.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang polis peronda ini, dia secara tiba-tiba ditahan oleh seorang penunggang motosikal.

Selalunya, orang awam menahan polis kerana memerlukan khidmat bantuan kecemasan tetapi lelaki ini meminta bantuan untuk membeli jam kesayangannya.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, lelaki itu menjelaskan dia terpaksa berbuat demikian bagi mendapatkan sedikit wang untuk keluarganya.

Dia menawarkan sebuah jam yang dibelinya pada harga hampir RM500 dan mahu menjual RM100 sahaja. Lelaki itu sempat meyakinkan anggota polis bahawa dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan atau jenayah.

Screenshot 2024 12 06 163143

Katanya, dia sudah tidak mempunyai pilihan selepas tiada seorang pun mahu mengambilnya bekerja.

“Saya dari pagi sampai petang cari kerja tak jumpa abang.

“Apa kerja pun saya boleh bikin, tapi tak ada satu kedai pun kasi kerja,” luah lelaki itu.

@bigredmachine3196

Terus berjuang ketua keluarga, Semoga Allah sentiasa melindungimu.. #pdrm #mpvpdrm #fypシ

♬ original sound – FandyFiera – FandyFiera

Ada masalah kesihatan, nak beli barang anak

Difahamkan, lelaki berkenaan mempunyai masalah kesihatan, selain amat memerlukan wang untuk membeli barangan keperluan untuk anaknya yang berusia 12 dan 16 tahun.

Bersimpati dengan nasib lelaki itu, anggota polis berkenaan memberinya wang walaupun tidak membeli jam tangan tersebut.

Menerusi video itu, berkali-kali lelaki berkenaan mengucapkan terima kasih kepada anggota polis terbabit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi dan turut bersimpati dengan lelaki berkenaan.

Dalam pada itu, netizen juga berterima kasih kepada anggota polis kerana telah menunjukkan contoh yang baik kepada orang awam.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.