ft majlis dangdut

Sejak kebelakangan ini tular video yang mengundang pelbagai reaksi netizen, satu kejadian yang berlaku di negara jiran, Indonesia ini memperlihatkan beberapa orang wanita yang sedang menari mengikut irama dangdut dengan memakai baju yang mencolok mata bersama orang lelaki.

Apa yang membuatkan ramai kurang selesa adalah penggunaan kain rentang di bahagian latar belakang pentas itu tertulis sambutan untuk Maulidur Rasul.

Artikel berkaitan : ”Siap gelek” – Orang Ramai Terhibur Tengok Gelagat Pekerja Restoran Hantar Pesanan Telur Goyang Pelanggan

Artikel berkaitan : “Dia bergelek takpe” – TikToker Dikecam Gara-Gara Minta Konsert Coldplay Dibatalkan

Majlis berlainan

Video berkenaan kemudian tular hingga Malaysia dan rata-rata netizen tergamam, marah dan terkejut apabila melihat video tersebut. Bagaimanapun, salah satu perkongsian daripada TikTok ini ada menjelaskan situasi yang terjadi untuk mengelakkan salah faham di antara warganet.

Menurut penjelasan daripada @garenktjr ini, tanggapan yang mengatakan bahawa acara dangdut itu diadakan ketika majlis Maulid Nabi adalah tidak benar. Sebaliknya, apa yang dipertontonkan itu adalah acara lain yang dikenali sebagai Majlis Dangdut Dalolak, acara ini dijalankan pada tarikh 9 September 2025, sehari selepas Majlis Maulid Nabi pada 8 September 2025 di lokasi yang sama.

“Dari hasil perbincangan saya dengan salah satu warga Maron, Mutisari, (penduduk setempat di kawasan majlis) mereka menjelaskan bahwa kain tersebut kemungkinan sengaja tak nak tanggalkan sebab nak digunakan sebagai pembatas.

“Boleh juga sebab penganjur lupa menurunkan atau gantikan kain rentang lain setelah acara sebelumnya tamat. Jadi, harap faham bahawa ini adalah dua acara yang berbeza.”

Walau bagaimanapun, ruangan komen pada hantaran asal telah ditutup. Malah, berdasarkan maklumat daripada pemilik video, perkara yang lebih kurang sama pernah berlaku pada tahun 2023, namun ia tidak digembar-gemburkan seteruk ini kerana banyak video yang dikongsikan semula itu telah dipadamkan.

Sumber : Thread, TikTok