budak sesat kebun jagung ibu bapa

Tular tentang seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun dilaporkan tersesat ditemui dalam kebun jagung di Jalan Tok Serah, Kampung Pulang Sebatang, Pontian, Johor.

Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib, kanak-kanak lelaki itu ditemui orang awam yang melalui kawasan tersebut kira-kira jam 8.30 pagi Ahad.

Ketika disoal siasat, kanak-kanak itu hanya memberitahu namanya sebagai Ahmad atau Armizi. Manakala, orang kampung menyatakan mereka tidak mengenali kanak-kanak tersebut dan tidak menolak kemungkinan orang luar.

Artikel berkaitan: Tukang Urut Wanita Dipenjara Sebab Tinggalkan Anak Umur 1 & 6 Tahun Sendirian Di Rumah

Artikel berkaitan: Ibu Bina Penjara Di Rumah Untuk Kurung Anak Ketagih Dadah

Untitled design 2025 01 02T115742.693

Ibu bapa ada rekod jenayah

Terbaharu, polis melaporkan kanak-kanak terbabit sudah pun dituntut ahli keluarga di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas hebahan dibuat.

Jelas Mohammad Shofee, siasatan awal mendapati ahli keluarga kanak-kanak itu tinggal di Parit Jawa, Muar.

“Selepas hebahan media dibuat, seorang wanita iaitu ibu saudara kanak-kanak itu tampil menuntutnya. Polis akan melakukan siasatan termasuk kenapa mangsa ditinggalkan dalam kebun tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, siasatan mendapati ibu bapa kanak-kanak itu mempunyai rekod lampau kes dadah dan kes disiasat Seksyen 31(1) (A) Akta Kanak-Kanak 2001 berkaitan pengabaian kanak-kanak.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.