Ft Fazura Fatima

Pelakon dan penyanyi Fazura baru-baru ini ada kongsikan waktu dia meluangkan bersama anaknya, Fatima. Perkongsian menerusi TikTok yang telah meraih lebih 150K jumlah tontonan dalam amsa 18 jam itu telah menarik perhatian netizen.

Video tersebut memperlihatkan Fazura meluangkan masa bersama Fatima di KidZania, satu tempat di mana boleh membantu kanak-kanak untuk melatih kemahiran dan ilmu pengetahuan disamping berhibur. Fatima dilihat melakukan ‘kerja housekeeping’.

Artikel berkaitan : “Marry me Faz” – ‘Dilamar’ Ketika ‘Live’, Ini Respon Fazura

Artikel berkaitan : “Cantiknya dia!” – Fazura Muat Naik ‘Cover’ Lagu Adele Tarik Perhatian Netizen

@fazuraofficial

My babies!!! 💖💖💖 #NurFatimaAisya #NurAdeliaAyesha #Maryam #Cousins #Family

♬ 搞笑滑稽搞怪 – MrM

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji kerajinan ketiga-tiga kanak-kanak itu, terutamanya Fatima, malah ada juga yang memuji melihat ketinggian Fatima yang baru sahaja berumur 4 tahun. Fazura membalas komen tersebut dengan memberitahu bahawa ketinggian Fatima itu mengikut genetik bapanya.

Malah ada juga yang memuji cara Fatima mengemas katil dan ia adalah didikan yang telah diajar. Kata Fazura, di rumah juga dia melakukan perkara sedemikian. Malah, ramai juga memuji cara didikan Fazura terhadap Fatima yang peka dengan kekemasan.

Screenshot 2024 11 22 120623 Screenshot 2024 11 22 120641 Screenshot 2024 11 22 120806 Screenshot 2024 11 22 120826 Screenshot 2024 11 22 120849 Screenshot 2024 11 22 120904

Tengok gaya Fatima pun macam dah biasa.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.