Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Industri hiburan tanah air baru sahaja dikejutkan dengan berita perceraian penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Yusuf Bahrin pada 2 April lalu. Namun, apa yang menarik perhatian netizen baru-baru ini adalah satu hantaran yang dimuat naik oleh Zizi di media sosialnya.
Menerusi foto yang dikongsi, Zizi dilihat manis mengenakan niqab sambil bergambar mesra dengan ahli keluarga bekas suaminya itu. Walaupun ikatan perkahwinan mereka sudah berakhir dengan talak satu, nampaknya hubungan silaturahim antara Zizi dan keluarga mertuanya masih kekal utuh.
Artikel berkaitan: Yusuf Bahrin Sah Bercerai Dengan Zizi Kirana Dengan Talak Satu
Artikel berkaitan: Tuduh Zizi Kirana ‘Terlanjur’ Masa Program Solidariti Gaza, PU Rahmat ‘Sound’ Netizen Biadab
“Semoga Allah mengekalkan kebaikan di antara kita dan meletakkan keberkatan dalam setiap kenangan,” tulisnya di kapsyen.
Ayat yang cukup mendalam itu membuatkan ramai peminat tersentuh hati. Ternyata ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengekalkan hubungan yang baik selepas berpisah tapi bagi Zizi, dia nampaknya lebih selesa memilih jalan damai dan menghargai setiap kenangan manis yang pernah terbina selama hampir 5 tahun perkahwinan mereka.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap matang Zizi dan menyifatkan dia sebagai seorang wanita yang sangat kuat. Ramai juga yang mendoakan agar urusan Zizi dan Yusuf dipermudahkan serta mereka berdua dikurniakan kebahagiaan dengan cara masing-masing selepas ini.

Yusuf sebelum ini juga ada menyatakan yang mereka berpisah secara baik tanpa ada sebarang dendam atau permusuhan.
Sumber: Threads

16 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















