Musim banjir seperti sekarang ini menyebabkan banyak aktiviti yang telah dirancang terpaksa ditunda atau dibatalkan. Untuk menjamin keselamatan, mangsa banjir ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS).
Begitulah yang terpaksa dilalui oleh seorang graduan yang terpaksa membatalkan kehadirannya ke isitiadat konvokesyen universiti. Walau bagaimanapun, graduan itu tetap hadir berpakaian lengkap konvokesyen biarpun hanya menontonnya di PPS.
Korang boleh tengok video @pearlia38 di bawah.
@pearlia39mangsa banjir hadir convo secara online🫢 ramai ke yang senasib ? #convocation #upsi #banjir #banjir2024
♬ feel this moment – elfixsounds
Tetap hadir
Rata-rata netizen menitip kata-kata semangat kepada graduan ini yang tidak dapat hadir ke istiadat konvokesyen akibat banjir. Harap graduan ini dapat menerima ujian dengan hati terbuka.
Apa-apa pun tahniah telah berjaya tamatkan pembelajaran di menara gading. Doa yang baik-baik je, ada hikmah tu.
Agak sedih lah sebab tak dapat hadir konvokesyen kan. Tapi nak buat macam mana, tempat tinggal banjir pulak.
Amiinnn… Insya Allah ada rezeki tu boleh hadir ke konvokesyen nanti. Bukan selalu naik pentas ambil scroll tamat belajar kan.
Harap pihak universiti boleh pertimbangkan cadangan ini. Atau pun para graduan boleh mohon untuk join sidang lain tahun depan kan.
Baca: Banjir: Lebuhraya Utara Selatan KM32.1 Ditenggelami Air