penyampai radio ERA

Baru-baru ini, isu yang melibatkan tiga penyampai radio ERA yang didakwa telah mempersendakan upacara agama Hindu telah menjadi kontroversi sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet.

penyampai radio ERA

Seorang pengamal undang-undang, Mahmud Jumaat menerusi Facebook menyarankan pihak polis untuk menyiasat siapakah individu yang menyunting video tarian tersebut lima saat sehingga menyebabkan ketegangan antara kaum dan agama di Malaysia.

Ini kerana menurut beliau, video yang tular tersebut telah disunting hanya setakat 5 saat sahaja iaitu ketika Vel Vel disebut sahaja.

3 1

4 1

Artikel berkaitan: “Itu adalah tarian entrance Miki Ghazali” – Peguam Dakwa Isu Penyampai Radio Era Hanya Salah Faham

Artikel berkaitan: Astro Rehatkan Nabil Ahmad, Azad Jasmin & Radin Susulan Isu Tular Rakaman Video

Peguam tersebut juga mendakwa jelas ada pihak yang menjadi batu api kerana hanya bahagian yang disunting 5 saat ini sahaja yang dikongsikan dan dimainkan di media sosial.

Natijahnya, ia telah menyemarakkan kemarahan penganut agama Hindu sehingga timbul salah faham dan tidak berpuas hati kepada ketiga-tiga penyampai radio terbabit.

Beliau juga percaya sekiranya video tersebut diambil secara penuh daripada awal, mereka akan tahu bahawa tarian yang dibuat oleh Pak Azad adalah semata-mata untuk meniru tarian Miki Ghazali kerana ada latar belakang lagu Paqueta yang jelas kedengaran.

Pada dapatan saya terdapat salah faham yang jelas dalam kes ini dan ada pihak cuba menganiaya, mengkhianati dan memfitnah ketiga-tiga DJ ini.

Saya ingin tegaskan disini bahawa tujuan saya menerangkan secara terperinci tentang kes ini adalah untuk meredakan ketegangan yang berlaku antara kita semua sebagai satu keluarga di Malaysia,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.