Bersinar Dengan Gaya: Koleksi Skechers Street Shadow Bawa Sentuhan Baru Kepada Fesyen Jalanan

13 hours ago 6

Malaysia, 25 April 2025 – Skechers, syarikat teknologi keselesaan dan peneraju dalam kasut berprestasi tinggi, memperkenalkan Koleksi Skechers Street™ Shadow – gabungan bergaya antara fesyen Y2K yang diinspirasikan dari era 2000-an dan keselesaan tahap seterusnya.

Menampilkan gaya estetika berani dan futuristik yang menjadi ikonik pada awal tahun 2000-an, koleksi ini diterajui oleh Duta Jenama Serantau Skechers, Cha Eun-woo, yang menggayakan stail penuh keyakinan dan aura moden.

Skechers Shadow KV 02 1

Menggabungkan estetika Y2K yang kini kembali menjadi trend dengan inovasi keselesaan tersendiri daripada Skechers, Koleksi Skechers Street™ Shadow kini boleh didapati secara dalam talian dan di butik konsep Skechers terpilih. Koleksi ini menampilkan dua rekaan utama untuk lelaki dan wanita: Stellar OG, tersedia dalam tiga pilihan warna, dan Stellar 90, yang ditawarkan dalam dua pilihan warna.

Direka khas untuk pencinta gaya dan ‘sneakerheads’, kasut-kasut ini menyatukan elemen nostalgia dengan sentuhan moden. Sama ada anda membeli-belah di Pavilion KL, meneroka kawasan meriah Bukit Bintang, atau mengharungi sudut-sudut bandar yang sibuk, kasut ini menjanjikan gaya dan keselesaan sepanjang hari.

Berani tampil berbeza dengan Skechers Street™ Shadow – Stellar OG, kasut gaya sporty-meets-street-chic bertali yang diperbuat daripada duraleather dan mesh untuk ketahanan dan pengudaraan maksimum. Sesuai untuk berjalan di jalanan sibuk Kuala Lumpur atau gaya santai hujung minggu, kasut ini dilengkapi insole Skechers Air-Cooled Memory Foam® untuk keselesaan sepanjang hari serta tapak luar fleksibel yang memberikan kestabilan dan kelincahan semasa bergerak.

183215 WHITE BLACK 177356 OFF WHITE

Tampil menonjol dengan Skechers Street™ Shadow – Stellar 90, kasut statement berinspirasikan gaya metalik yang membawa fesyen futuristik ke dalam penampilan harian. Dengan kemasan duraleather metalik yang berkilau, bahagian atas mesh yang bernafas dan sisipan midsole lut sinar, kasut ini direka khas untuk mereka yang suka tampil berani. Dilengkapi juga dengan insole Skechers Air-Cooled Memory Foam® dan tapak luar fleksibel, setiap langkah adalah gabungan antara gaya dan fungsi.

183216 SILVER177357 BLACK

Harga: RM429, Koleksi Shadow boleh didapati di butik konsep Skechers seperti Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion KL, Suria KLCC, The Exchange TRX Mall, dan 1 Utama Shopping Centre, serta secara dalam talian di Shopee, Lazada, dan skechers.com.my.

Hadiah Eksklusif Dengan Pembelian: Dapatkan Pemegang Fotokad Akrilik Cha Eun-woo PERCUMA!

Dengan setiap pembelian bernilai RM550, anda akan menerima Pemegang Fotokad Akrilik Cha Eun-woo PERCUMA (termasuk fotokad).

 GWP CEW Photocard Stand

*Ahli Skechers menikmati jumlah pembelian minimum yang lebih rendah iaitu RM500.
Untuk layak, pembelian mesti merangkumi sekurang-kurangnya satu pasang kasut Skechers Street. Jangan lepaskan peluang ini – selagi stok masih ada!

Kempen akan berlangsung dari 1 Mei 2025 hingga 31 Mei 2025.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |