Syaz Ft 2024 12 05T153414.151

Baru-baru ini, satu insiden mencemaskan berlaku kepada suami penyanyi terkenal tempatan, Syura di mana suaminya itu mengalami lecur di badan akibat letupan tong gas dapur di sebuah homestay.

Suami kepada pelantun lagu Joget Gadis Melayu itu mengalami kecederaan di bahagian muka, kaki dan tangan.

Artikel berkaitan: “Mohon doa” –  Suami Syura Melecur Teruk Akibat Terkena Letupan Gas Di Tempat Penginapan

Artikel berkaitan: “Saya tau awak kuat” –  Syura Kongsi Keadaan Tubuh Suami Berbalut Sebelum Sesi ‘Dressing’

Pun begitu, dalam sebuah video di TikTok milik Syura, ada individu yang mendakwa dia dan suami ‘terpaling baik’ kerana tidak mengambil tindakan atau membuat laporan terhadap pemilik homestay di Perlis itu.

@syurabadron86

Replying to @CLASSYGLAMM bawak2 lah istifar sis.. 😌

♬ La Illah Ela Allah – Mohamed Youssef

“Bila kata saya terpaling baik sampai tidak terfikir keadaan suami, saya anggap itu sudah melampau.

Sebelum buat apa-apa keputusan, saya tanya suami dahulu bukannya saya memandai-mandai.

Saya tanya suami nak ambil tindakan atau tidak kepada pemilik ‘homestay’ tetapi dia kata tak mengapa sebab sudah reda,” katanya.

Dalam video berdurasi 2 minit itu, Syura turut menyatakan bahawa pemilik homestay itu sudah memohon maaf selain sanggup menemani suaminya di wad kecemasan.

“Apa yang berlaku adalah kemalangan dan bukan sesuatu yang disengajakan. Musibah Allah nak bagi dekat mana-mana sahaja,” ujarnya lagi.

Sementara itu, bekas peserta Gegar Vaganza itu turut berharap orang ramai dapat mengambil iktibar daripada kejadian menimpa suaminya selain berhenti melemparkan kata-kata negatif.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.