Faisal Halim adalah nama yang cukup sinonim dengan peminat bola sepak tanah air. Mesra dengan gelaran Mickey, kelincahan pemain berdarah Pulau Pinang beraksi di atas padang itu semestinya dirindui orang semua.
Biarpun dilanda kecederaan berpanjangan akibat diserang dengan simbahan asid, cinta Faisal pada bola sepak memang tidak boleh disangkal lagi. Ada satu video di media sosial yang menunjukkan Faisal sedang melatih bakat-bakat muda dengan penuh semangat. Korang tengok lah video @harimaumalaya_hm di bawah.
@harimaumalaya_hmCoach Faisal Halim in action 🔥🇲🇾 #harimaumalaya #demimalaysia #suarapenyokong #faisalhalim #mickey
♬ original sound – Harimau Malaya – Harimau Malaya
Semangat mendidik
Kalau kita tengok dari video di atas ni, memang nampak betul semangat Faisal melatih bakat muda dalam sukan bola sepak. Biarpun di tepi padang, Faisal tetap memberikan arahan untuk pemain-pemain. Memang bola jadi coach lepas ni.
Betul, min tengok Faisal time lawan Korea Selatan tu memang terharu betul. Menang nampak betul beliau nak main untuk Malaysia.
Menyala betul Faisal Halim jadi coach. Ini baru team muda, kalau nanti dapat peluang jadi jurulatih untuk mana-mana kelab mesti lebih menyerlah.
Setuju, boleh curahkan semua bakat dan pengalaman yang ada untuk pelapis sukan bola sepak di negara ini. Harap bintang-bintang Harimau Malaya yang lain pun boleh buat perkara yang sama.
Baca: “Kenapa orang jahat buat dekat daddy? Apa saya mahu jawab kepada anak saya?” – Faisal Halim