Personaliti media sosial transgender sensasi, Lucinta Luna telah meluahkan hasrat untuk mengerjakan umrah dengan fitrah asal.
Pemilik nama sebenar Muhammad Fattah ini dalam satu sesi audio siar menyatakan bahawa dia berjanji untuk tidak akan menjejakkan kaki ke Tanah Suci sebagai wanita kerana tidak mahu mempersendakan agama.
Artikel berkaitan : Dakwa Diri Tengah Hamil, Lucinta Luna Menangis Tunang Pulang Ke Tanah Air Jalani Latihan Tentera
Artikel berkaitan : “Dia wanita sejak lahir” – Tunang Mengamuk Bila Hos ‘Podcast’ Tanya Tentang Jantina Lucinta Luna
“Sedosa-dosa aku, aku tidak akan bermain atau persenda agama. Aku tidak akan menunaikan umrah sebagai seorang wanita.”
“Jika ada rezeki dan sudah bersedia, aku berani bersumpah akan menjadi seorang lelaki apabila menjejakkan kaki ke rumah Allah.”
@mastercorbuzierGIMANA MENURUT KALIAN? #lucintaluna #viral #podcast #closethedoor
♬ original sound – Deddy Corbuzier – Deddy Corbuzier
Dengan kenyataan begitu, ramai yang memuji dengan pendirian Lucinta dan berharap agar dia dapat mengotakan janjinya.
Dalam pada itu, ramai juga yang menitipkan doa supaya dapat mengotakan janjinya. Malah ramai yang menitipkan doa supaya Lucinta diberikan hidayah untuk berubah kembali kepada fitrah asal.
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila personaliti media sosial sensasi dari Indonesia yang juga transgender iaitu Isa Zega menunaikan umrah sebagai seorang perempuan.
Berkongsi aktiviti ketika berada di Makkah, Isa dilihat mengenakan telekung sehingga ramai menganggap dia menghina agama.
Sumber : TikTok