Seringkali menjadi dambaan para wanita di luar sana, pelakon Nadhir Nasar baru-baru ini telah membuatkan ramai wanita terutamanya dari Kelantan tersenyum lebar apabila dia katanya mahu memilih gadis dari negeri Che Siti Wan Kembang sebagai jodohnya.
Artikel berkaitan : “Power speaking” – Netizen Kagum Tengok Nadhir Nasar Santai Kena ‘Interview’ Di New York
Artikel berkaitan : “Reflect diri tu” – Isu Buli Antara Pelakon, Ramai Tak Setuju Kenyataan Nadhir Nasar?
“Jangan lupa eh datang bawa mak awak ke rumah saya.”
Perkara itu didedahkan saat Nadhir Nasar melakukan sesi soal jawab bersama Sooka Malaysia berkenaan dengan perkara-perkara dia lakukan ketika bulan Ramadan dan Aidilfitri.
Namun begitu, tiba-tiba penemuramah bertanyakan tentang soal jodoh, Nadhir Nassar ditanya jika dia mahukan jodoh dari negeri mana dan tanpa segan silu, pelakon drama Kelas Tahanan CIkgu Hiragi ini menjawab bahawa dia mahukan gadis dari negeri Kelantan.
Tonton video di bawah…
@sookamalaysiaEnjoy puasa dan strim drama ramadhan di #sookaMalaysia nanti okay? #fyp #MeriahLainMacam #NadhirNasar #Ramadhan #Ramadhan2025 #Sahur
♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia
Menjengah ke ruangan komen, agak melucukan apabila ramai wanita mula claim diri mereka sebagai wanita kelahiran Kelantan biarpun asalnya mereka bukan dari situ. Bahkan, lebih melucukan wanita yang benar-benar dari Kelantan juga sudah mula ‘beri salam’ kepadanya sebagai tanda lahir dari negeri itu.
Wow, ramai ye yang nak cuba tapi macam mustahil je ek Nadhir masih single, mesti dah ada calon dari Kelantan kot tu.
Sumber : TikTok