Ft Aisar Cuci Tandas Masjid

Pempengaruh Aisar Khaled kini sekali lagi mencuri tumpuan netizen di media sosial apabila dia dipuji atas tindakannya dalam membuat kerja amal di sebuah masjid di Indonesia.

Ianya menerusi satu hantaran daripada seorang pempengaruh Indonesia yang sering menunjukkan dirinya melakukan kerja-kerja pembersihan di masjid iaitu @cecepcleanermasjid.

Artikel berkaitan : “Aku fikirkan sultan betul” – Tular Video Aisar Khaled Jadi Kegilaan Warga Indonesia

Artikel berkaitan : Buat Content Menang Cabutan Bertuah, Netizen Dakwa Aisar Khaled “Kaki Kencing”?

Dalam video tersebut, dia bersama Aisar bergabung tenaga untuk membersihkan masjid. Dalam video tersebut, Aisar menjelaskan bahawa dia sanggup terbang dari Malaysia untuk bekerjsama dengan Cecep.

Mereka dilihat membersihkan kawasan masjid yang dilihat sudah ‘berkerak’ malah mereka juga mencuci keseluruhan kawasan tandas di masjid tersebut.

@cleanermasjid

nex gerakan kecil ini, akan menjadi contoh untuk dunia🍃 Masih banyak tempat wudhu berkerak berlumut yang harus dibersihkan, colaborasi ini dibuat, untuk memotivasi seluruh masyarakat lebih cinta terhadap kebersihan tempat beribadah. @AisarKhaledd @pedagang sahabat mesjid Info link in Bio

♬ suara asli – cecepcleanermasjid – cecepcleanermasjid

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, Cecep dilihat memuji Aisar yang dikatakan tidak nampak kaku sepanjang waktu mereka cuci tandas tersebut serta ada netizen yang memuji bahawa tindakan Aisar ini telah menyatukan antara Malaysia dan Indonesia serta menganggap bahawa perbuatan ini mampu menurunkan ego seseorang.

Cecep Cecep 2

Selain dapat menurunkan ego, ia juga mungkin membantu kita untuk mensucikan dan membersihkan hati kita.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.