Tindakan pelawak terkenal, Johan membuat ‘review’ karipap pusing mencetuskan fenomena apabila peniaga terpaksa menutup kedai lebih awal akibat tidak menang tangan menyiapkan pesanan.
Dalam video tersebut, Johan dilihat berseloroh dengan mengatakan rasa karipap itu “biasa-biasa sahaja” sebagai cara bergurau agar stok tidak cepat habis.
Biasa saja rasanya, jadi jangan belilah. Bila orang beli, saya takut stok untuk saya tak ada.
“Haa itu saja, sebab inti gemuk macam ini penuh tersusun rapi. Ini kambing, ayam ada, telur pun ada, semua jenis pusing,” katanya.
Artikel berkaitan: Ibu Mengandung Mengidam Karipap Penjara, Sebak Bila Akhirnya Dapat Selepas 3 Hari
Artikel berkaitan: Tular Karipap Dijual Harga RM2.50 Sebiji Di Bazar Ramadan, KPDN KL Turun Padang Jalankan Siasatan
Johan ketika membuat ‘review’ karipap pusingMenurut seorang pengguna Threads, shidah_ghaliman93, Johan tidak membuat ulasan tersebut secara berbayar.
Malah, Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz hadir sendiri membeli ratusan karipap sebagai tanda sokongan.
Katanya, kedai berkenaan biasanya beroperasi sehingga pukul 6 petang, namun waktu jualan bergantung kepada permintaan semasa.
“Kalau habis awal, kami tutup awal. Kadang-kadang sebelum pukul 5 petang sudah habis,” katanya.
Sumber: Threads shidah_ghaliman93

7 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















