Penganjur konsert Pinkfish bakal dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya pagi Isnin ini untuk membantu siasatan.
Sebelum ini, media melaporkan empat pengunjung konsert itu dilaporkan maut selepas menghadiri konsert tersebut.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan turut menumpukan kepada aktiviti penjualan dadah jenis ekstasi yang dipercayai berlaku di dalam dan luar premis ketika konsert berlangsung, lapor Sinar Harian.
“Selain penganjur, kita juga sudah memanggil ahli keluarga dan rakan mangsa untuk membantu siasatan,” katanya.
Artikel berkaitan: Ibu Bina Penjara Di Rumah Untuk Kurung Anak Ketagih Dadah
Artikel berkaitan: Penyanyi Wanita Popular Kelantan Ditahan Berkaitan Kes Dadah Di Sungai Golok
Menurut Wan Azlan, dua lagi mangsa yang dirawat di hospital kini berada dalam keadaan lemah tetapi stabil.
Sebelum ini, media melaporkan empat individu berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an, termasuk dua wanita, meninggal dunia selepas menghadiri konsert sambutan ambang tahun baru tersebut.
Difahamkan, tujuh individu dimasukkan ke hospital dengan simptom yang hampir sama selepas menghadiri konsert itu.
Bagaimanapun, pemeriksaan tidak menemui sebarang kecederaan fizikal pada tubuh mangsa.
Pihak berkuasa kini sedang giat menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian ini.
Apa-apa pun, stay safe kalau nak pergi konsert ya!