Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengumumkan pembekuan cuti untuk semua ahli kabinet menteri berikutan banjir yang melana negara.
Anwar berkata demikian selepas menghadiri solat jumaat di Surau Pudina Presnit 17, Putrajaya semalam.
Memetik laporan Astro Awani, Anwar telah mengarahkan semua menteri dan timbalan menteri untuk turun ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan bencana banjir bagi memberikan bantuan sewajarnya.
Untuk rekod, situasi banjir seluruh negara semakin teruk selepas sembilan negeri dilanda banjir. Kelantan menjadi negeri yang paling teruk terjejas, diikuti Terengganu dan Kedah.
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan lebat tahap bahaya di negeri-negeri pantai timur dan amaran tahap waspada di negeri utara semenanjung.
Baca: Terkesan Akibat Limpahan Sungai Anak Bukit, Kediaman Rasmi MB Kedah Ditenggelami Air