Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mencatat satu lagi pencapaian penting dalam usaha pemodenan apabila berjaya melaksanakan ujian penerbangan pertama pesawat tanpa pemandu (UAV) ANKA-THS di Pangkalan Udara Labuan, semalam.
Menurut TUDM, ujian penerbangan selama kira-kira tiga jam itu merupakan sebahagian daripada proses penilaian sebelum penyerahan rasmi aset berkenaan.
Kejayaan penerbangan sulung ini dicapai hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2) serta MTU Perancangan dan Pembangunan.
“Ia turut melibatkan beberapa agensi lain seperti Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia),” katanya.
Ujian penerbangan selama kira-kira tiga jam itu merupakan sebahagian daripada proses penilaian sebelum penyerahan rasmi aset berkenaan.Artikel berkaitan: TUDM Takkan Kompromi Terhadap Sebarang Aktiviti Tidak Bermoral Di Pangkalannya
Artikel berkaitan: Panglima TUDM Bakal Ketuai Persembahan Udara Hari Kebangsaan 2025
Dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI), sistem ANKA-THS dijangka memperkukuh keupayaan risikan, pemantauan dan peninjauan (ISTAR) TUDM, khususnya di Wilayah Timur serta kawasan strategik seperti Laut China Selatan.
Pesawat itu mampu beroperasi melebihi 20 jam selain menjalankan pemantauan dalam pelbagai keadaan cuaca, sama ada siang mahupun malam.
“Perolehan ANKA-THS merupakan sebahagian daripada Fasa 1 Pelan Perolehan Strategik Pertahanan Negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), selain selari dengan pelan pembangunan keupayaan TUDM melalui CAP55.
“Dengan penambahan aset ini, keupayaan TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam operasi pemantauan strategik, pengawasan maritim serta pengumpulan maklumat perisikan dijangka terus diperkasa, sekali gus meningkatkan tahap kesiapsiagaan pertahanan negara,” katanya.
Sumber: FB TUDM

14 hours ago
12































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















