ft seller marah pembeli

Niat nak membeli barang dan ingin bertanyakan mengenai produk jualan tetapi lain pula balasan yang peniasa terima apabila dia mesej penjual tersebut.

Dalam perkongsian di Thread itu, pembeli mahu bertanyakan beza ketiga-tiga warna handsock yang dilihat seakan sama kepada peniaga, tetapi peniaga tersebut dilihat seperti rasa jelak dan memarahi pembeli tersebut.

Artikel berkaitan : “Rasa dulu baru judge” – Ramai ‘Complain’ Satu Kon Aiskrim RM 18, Peniaga Tampil Bagi Penjelasan

Artikel berkaitan : Pernah Tular Jual Ayam Goreng Kunyit RM20, Peniaga Kedai Makan Di Langkawi Didenda RM10,000

“Apa benda kau ni, beria sangat”

471845750 1274827100228440 7235378615925951885 n 1

Pada mulanya pembeli anggap mungkin silapnya kerana hanya ‘terjah’ apabila bertanya tanpa memberikan salam dan akui kesilapannya, namun begitu pertanyaannya tidak dijawab sehingga kini dan berkenaan dengan teguran yang mengetakan dirinya beria, pembeli ini akui kerana dia mahu membeli barang tersebut.

Menurutnya lagi, dia sudah meminta maaf kepada peniaga dan memberikan salam, tetapi tidak terjawab.

471939096 1026462322578500 2638999817793694101 n

Berdasarkan perbualan, peniaga tersebut bengang apabila pembeli itu bertanyakan soalan dengan memberikan tanda soal yang berlebihan dan hantaran ini telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang marah dengan siap peniaga tersebut.

handsock handsock2

Walaubagaimanapun, ramai netizen yang menyebelahi pihak peniaga, rata-rata menegur cara pertanyaan pembeli ini kerana ia seolah-oleh memberi gambaran yang pembeli memarahi peniaga, bahkan ada dalam kalangan peniaga juga menyatakan bahawa cara pertanyaan ini memang mengundang salah erti peniaga.

handsock3 handsock4

Mungkin pembeli dapat mempelajari sesuatu untuk tidak sewenang-wenangnya menggunkaan satu tanda dalam mesej sesuka hati, dan peniaha juga perlu menjaga kualiti khidmat pelanggan dengan baik.

Sumber : Thread