Syaz Ft 2024 12 06T111324.098

Seks luar tabii merujuk kepada jenis hubungan seksual yang dianggap menyimpang atau tidak normal menurut norma atau ajaran masyarakat, agama, atau undang-undang tertentu.

Terbaru, seorang pemandu peribadi lelaki direman lima hari selepas disyaki melakukan seks luar tabii bersama suami majikannya yang juga merupakan seorang penjawat awam.

Artikel berkaitan: Mahkamah Persekutuan Putuskan Undang-undang Syariah Tetapkan Seks Luar Tabii Sebagai Jenayah Tidak Sah, Tak Ikut Perlembagaan

Artikel berkaitan: “Terpaksa akur kerana takut” –  Budak 12 Tahun Diliwat 30 Kali Di Asrama Saudara Baharu

Whatsapp Image 2024 12 05 At 1.50.19 Pm

Menurut laporan Kosmo!, perintah reman sehingga Isnin itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Nor Syaliati Mohd. Sobri terhadap lelaki berusia 32 tahun berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Suspek yang masih bujang itu dikatakan melakukan perbuatan tidak senonoh itu bersama suami majikannya berusia 47 tahun di rumahnya yang terletak di Jasin, kira-kira pukul 5 petang, awal Ogos lalu.

Perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas pihak polis menjumpai rakaman aksi seks luar tabii tersebut di dalam telefon bimbit penjawat awam terbabit.

Difahamkan, suspek telah ditahan pasukan Bahagian (D11) Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di rumahnya petang semalam.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.