Banjir

Banjir yang melanda kawasan Pantai Timur dan negeri di Utara seperti Kedah nampaknya masih lagi teruk dan masih ramai mangsa yang terpaksa tinggal di PPS kerana air banjir di kawasan rumah mereka masih belum surut.

Namun, dalam masa yang sama, ada juga segelintir individu yang tidak bertanggungjawab kerana menurut Berita Harian, pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, Kelantan telah menerima 107 panggilan palsu berkaitan banjir.

Menurut Datuk Mohd Yusoff Mamat iaitu Ketua Polis Kelantan, pihak polis di daerah itu menerima panggilan daripada orang awam yang mengatakan mereka terperangkap akibat banjir di kawasan-kawasan tertentu.

16Gambar sekadar hiasan

Artikel Berkaitan: Khairul Aming Turun Padang, Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan

Artikel Berkaitan: ‘Rumah Rakit’ Di Kemaman Kembali Viral Sebab Masih Terapung Dalam Banjir

Namun, apabila pihak penyelamat meredah arus banjir untuk ke kawasan tersebut bagi menyelamatkan mangsa, pihak mereka mendapati bahawa tiada rumah di kawasan tersebut.

Barulah pihak mereka tahu bahawa panggilan yang diterima tentang terperangkap dalam banjir itu merupakan panggilan palsu.

Tindakan membuat panggilan palsu ini sangat mengecewakan pihak penyelamat kerana bukanlah mudah untuk mereka ke kawasan banjir kerana perlu melalui arus banjir yang deras.

Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat panggilan palsu seperti ini lagi kerana ia boleh menyusahkan orang lain dan mengganggu operasi menyelamat mangsa terkesan banjir.

Bayangkan kalau ada orang lain yang lebih memerlukan pertolongan pada ketika itu tapi disebabkan panggilan palsu, mangsa yang lebih memerlukan itu tidak dapat dibantu kerana pihak penyelamat pergi menyelamatkan mereka yang membuat panggilan palsu.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.