Ammar Alfian Syamsul Yusof Berbaik

Pelakon Ammar Alfian, 37, dan pengarah tersohor Syamsul Yusof, 40, mencuri perhatian ramai apabila memuat naik bergambar berdua di media sosial.

Dalam gambar berkenaan, Syamsul dilihat memeluk Ammar sambil menunjukkan wajah ceria dipercayai dirakam ketika mereka bertemu di sebuah kafe.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Ammar di Threads, dia memberitahu sudah melupakan semua sengketa yang pernah berlaku antara mereka 13 tahun lalu.

Artikel berkaitan: “Kita tumpang happy” – Netizen Terharu Lihat Syamsul Yusof Bertemu Keluarga, Wajah Dilihat Kembali Ceria

Artikel berkaitan: “Bukan aku!” – Tular Kes Pelakon Lelaki ‘Sado’ Pukul GF, Ammar Alfian Nafi Itu Dirinya

Kata Ammar yang juga pelakon filem Paskal, persengketaan tersebut sudah lama berlalu dan tidak ingin lagi mengenang kisah silam.

469907692 8809353049153795 2211441135136895127 N

“Dah 13 tahun berlalu, yang berlalu biarlah berlalu, 2025 is gonna be the year, insya-Allah,” katanya.

Hantaran itu sekali gus menjadi bualan peminat yang sudah tidak sabar menanti kedua-dua bintang itu berlakon di bawah satu filem kelak.

Terdahulu, industri hiburan tempatan kecoh apabila Ammar dan Syamsul dikatakan hampir bertumbuk dalam satu pertemuan rasmi diadakan di ibu negara pada 2013 selepas timbul salah faham antara mereka.

Ammar sebelum ini pernah berlakon di bawah arahan Syamsul menerusi filem KL Gangster 2 yang ditayangkan pada 2013.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.