Syaz Ft 2024 12 05T165226.183

Hari ini, berlangsungnya prosiding bagi kes pembunuhan pelajar 17 tahun, Muhammad Zaharif yang berlaku pada Disember 2023.

Pakar perubatan forensik memberitahu Mahkamah Tinggi Ipoh bahawa Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie tidak mati serta-merta selepas perlanggaran tersebut.

Artikel berkaitan: “Antara dada dan perut” –  Ada Lagi Saksi Nampak Badan Zaharif Digil*s Tayar Perodua Ativa

Artikel berkaitan: “Abah sakit, mata tak nampak” – Bapa Kongsi Detik Pilu Zaharif Lepas Dig*lis Bekas Polis Sebelum Meninggal Dunia

Saksi pendakwaan ke-24, Dr Ain Nurfarahana Hamdan, 35, berkata beliau bersetuju dengan peguam bela, M Athimulan yang mencadangkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati itu mengalami trauma death (kematian trauma).

2709942

Menurut laporan Harian Metro, dia juga bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa mangsa meninggal dunia kira-kira 30 minit selepas perlanggaran itu.

Saksi pakar itu berkata demikian di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet ketika pemeriksaan balas pada hari ke-13 prosiding perbicaraan kes.

Mengikut pertuduhan, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak, 45, didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi, 17, di Jalan Taman Jati 1 berhampiran SMK Jati antara jam 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari, 15 Disember 2023.

Pegawai kanan polis itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.