mangsa kemalangan

Kemalangan jalan raya di Kluang pada malam Jumaat lalu yang melibatkan empat kenderaan termasuk treler telah meragut 5 nyawa termasuk pasangan suami isteri iaitu Nasaarudin Pardi dan Siti Khazira Bani serta anak mereka, Mariam yang berusia dua tahun.

4 5

Lebih menghibakan apabila warganet sebak melihat perkongsian di akaun Facebook yang pernah dimuat naik oleh mangsa, Siti Khazira pada hujung tahun lalu meluahkan kasih sayangnya dan suami terhadap anak-anak mereka.

Ibu akan sentiasa cuba cipta memori untuk kita semua. Supaya nanti korang boleh tengok semula macam mana abah sentiasa bagi yang terbaik untuk Tuah, Teja, Jebat dan Maryam,”tulis Siti Khazira di perkongsian Facebook pada 2 November tahun lalu.

WhatsApp Image 2025 03 29 at 11.38.27 AM

Artikel berkaitan : Kes Treler Terbabas Di Kluang: Tayar Pecah Punca Kemalangan, Pemandu Ditahan

Artikel Berkaitan: “Dia meminta saya bersiap-siap” – Ibu Mangsa Nahas Di Kluang Sedih, Anak Pulang Nak Ajak Beraya Di Sepang

Tiga lagi anak pasangan ini terselamat dalam kejadian kemalangan itu. Anak sulung, 9 tahun dan anak kedua, tujuh tahun masih dirawat di Hospital Kluang manakala anak ketiga yang baru berusia empat tahun pula telah pulang ke rumah ibu saudara.

Menurut kakak mangsa iaitu Nur Hafiza Bani, adiknya iaitu Siti Khazira dan suaminya seorang yang baik dan sangat mementingkan keluarga.

Memetik laporan Sinar Harian, pasangan suami isteri tersebut dan anak-anaknya dalam perjalanan pulang ke kampung dan akan merakam gambar raya pada pagi semalam bersama ahli keluarga yang lain namun hajat mereka itu tidak kesampaian setelah terlibat dalam kemalangan terbabit.

Difahamkan, ketiga-tiga anak mangsa yang terselamat akan dijaga oleh keluarga nenek mereka.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.