Ibu kepada pelakon dan selebriti popular Malaysia, Scha Alyahya dilaporkan telah meninggal dunia pada pagi tadi sebuah sebuah hospital akibat serangan jantung.
Berita pemergian ibu Scha, Junainah Hashim telah dikongsikan oleh aktor, Awal Ashaari yang juga merupakan suami kepada pelakon wanita yang popular dengan drama Awan Dania itu.
Awal berkongsikan berita pemergian ibu mentuanya itu menerusi Instagram Story sebentar tadi.
Artikel Berkaitan: “Kan dah bergaduh…” – Anggap Netizen Melampau, Scha Al-Yahya Tak Teragak-agak Nak Ambil Tindakan
Artikel Berkaitan: “Saja cari kecaman ke?” – Netizen Pertikai Awal Ashaari ‘Posing’ Dengan Patung Mata Satu
Menerusi Instagram Story, Awal mengatakan ibu Scha telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9.40 pagi tadi di Hospital Pantai Kuala Lumpur.
Difahamkan, jenazah ibu pelakon itu akan dikafankan dan disolatkan di Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala Taman Tun Dr Ismail, KL selepas solat Asar pada hari ini.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. Awal Ashaari bagaimanapun tidak berkongsikan punca pemergian ibu mentuanya namun memetik laporan Gempak, difahamkan, ibu Scha meninggal dunia akibat serangan jantung.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ibu Scha Alyahya dan sama-sama juga kita doakan agar keluarganya tabah dengan pemergian ibu tercinta mereka.
Sumber: Gempak