Busana tradisional Malaysia memang mempunyai ciri keunikkan yang tersendiri. Untuk kaum lelaki, aksesori seperti tanjak dan samping adalah sebahagian pakaian yang jika dikenakan akan lebih menonjolkan kejantanannya.
Cakap pasal pakain tradisional ni, min nak kongsi dengan korang pasal seorang lelaki yang mengenakan pakaian tradisional ketika cabaran Hyrox Asia di Hong Kong. Bukan biasa-biasa gayanya tau. Korang boleh tengok video @captraeiz di bawah.
@captraeizFIRST PERSON IN THE WORLD TO FINISH HYROX WEARING NATIONAL CLOTHES Alhamdulillah dgn izinNya aku dapat menghabiskan Hyrox Asian Championship di Hong Kong baru2 ini dengan berpakaian tradisional lengkap utk memperkenalkan Malaysia di dunia sukan @HYROX . Aku ketepikan rekod aku demi memartabatkan agama, bangsa dan negara. Aku memilih memakai pakaian silat/pendekar/pahlawan melayu lengkap bertanjak dan bersamping berbanding baju melayu kerana ianya lebih sesuai untuk melakukan pergerakkan yg terdapat dalam video dan syukur kerana aku berjaya menghabiskan acara dgn masih berpakaian lengkap. InsyaAllah ini adalah uniform rasmi aku utk siri Hyrox World yang akan datang. Terima kasih kepada Team Hyrox Malaysia @Lemak to Lean atas sokongan dan dorongan. InsyaAllah sukan Hyrox akan tiba di Malaysia pada 2025. *atlit2 sebelah aku semua tak pakai baju🤣 #fyp #fypシ #fypage #fypviralシ #fypviraltiktok🖤シ゚☆♡ #foryou #foryoupage #fitness #fitnesschallenge #viral #raeizhamed #kaptenraeiz #rhtv #captraeizhamed #captraeiz #lemaktolean #lemaktoleanbycaptainraeiz #workout #stretching #hyrox #hyroxtraining #hyroxhk #hyroxworld #hyroxmas #malaysia #bajukebangsaan #pendekar #pahlawanmelayu #melayu
♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir
Macam pendekar
Siapa sangka kan, pakaian tradisional ala-ala pesilat ni sesuai digunakan untuk aktiviti fizikal seperti ini kan. Tahniah untuk Kapten (B) Raeiz kerana telah memperkenalkan busana tradisional ke peringkat antarabangsa.
Segak betul dengan tanjak dan samping tu. Min tengok pun kagum
Bukan semua boleh buat exercise macam tu kan. Kalau min memang semput habis dah. Tahniah Cap, anda memang hebat.
First time min dengar cabaran Hyrox ni. Kalau tengok dari video ni memang cabaran yang menduga fizikal peserta kan.
Sebenarnya boleh je nak pakai pakaian yang menutup aurat ketika bersukan. Dalam video ni dah tunjukkan kita contoh yang baik, dengan pakaian yang tidak menjolok mata pun boleh bersukan.
Baca: “This is batik Malaysia” – Rekaan Batik Dengan Lakaran Watak ‘Venom’ Curi Perhatian Ramai