Umum mengetahui bahawa pelakon, Que Haidar dan isterinya, Linda Jasmine iaitu koreografer popular telah bercerai pada tahun 2024 yang lalu setelah mendirikan rumah tangga pada tahun 2009. Linda dan Que dikurniakan dua orang anak perempuan hasil perkahwinan mereka itu.
Walau bagaimanapun, komen Linda Jasmine baru-baru ini di TikTok telah mencetus tanda tanya orang ramai terutamanya peminat industri hiburan tanah air.
Di ruangan komen TikTok itu, terdapat seorang pengguna media sosial yang menyarankan agar Linda dan Que untuk bersatu semula. Individu tersebut turut mendoakan agar kedua-dua selebriti ini dilindungi daripada sebarang kejahatan.

Artikel berkaitan : Que Haidar Dan Linda Jasmine Bercerai Talak Satu Lepas 15 Tahun Berkahwin
Artikel berkaitan : “Cantik, Macam Selena Gomez!” – Anak Dara Que & Linda Dah Berusia 12 Tahun, Mula Ikut Langkah Ibu Suka Menari
Namun, anak sulung Linda dan Que iaitu Tengku Ratu telah membalas komen tersebut dengan menulis, ‘Terima kasih atas keprihatinan anda tapi anda tidak mengetahui apa yang telah berlaku’.
Linda turut menulis di ruangan komen tersebut bahawa dia melindungi anak-anak daripada kejahatan, sebab itu lah dia bercerai.
Yes, I am protecting them from evil..That’s why I divorced him #ytjt, “ tulis Linda Jasmine.
Komen Linda itu telah mencetuskan tanda tanya mengenai sebab pasangan itu berpisah pada Julai 2024 lalu kerana sebelum ini, media melaporkan kedua-dua mereka masih mengekalkan hubungan baik demi anak-anak meskipun bercerai, lapor Astro AWANI.

13 hours ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















