Memiliki bantal busuk bukanlah perkara pelik, kerana rata-rata kanak-kanak memilikinya. Tapi ada juga yang tidak boleh meninggalkan ‘khazanah’ istimewa itu apabila sudah meningkat dewasa pun masih memilikinya sebagai ‘peneman’ tidur.
Seperti perkongsian video di TikTok, lelaki ini tidak menyangka bantal busuknya yang hilang sudah beberapa tahun lalu akhirnya dijumpai semula.
Lagi membuatkannya terkejut, bantal busuk berkenaan rupa-rupanya disimpan oleh rakannya dan dijadikan sebagai hadiah hari ulang tahun kelahirannya yang ke-34.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Anak Susah Nak Pergi Sekolah, Ibu Hadiahkan Kereta G-Wagon Untuk ‘Birthday’ Anak Berusia 5 Tahun
Artikel berkaitan: Boyfriend Buang Bantal Busuk Girlfriend Berusia 20 Tahun, Tak Pasal-pasal Kena Tumbuk Di Muka Sampai Patah Gigi
Menerusi perkongsian @muniswaranharirama, bantal busuk itu diletakkan dalam sebuah kotak berkaca dan disertakan dengan beberapa keping gambarnya semasa kecil.
@muniswaranhariramane lh bantal busuk tambi dari umur 4 tahun, last 2020 pindah rumah ingtkan tercicir or tertinggal kt mana2, rupa2 nyer member katek tambi ne simpan selama selama 4 tahun semata2 nk bagi gift hari jadi tambi bulan january 😭
♬ original sound – Tambi Mamat Insurance AIA – Tambi Mamat Insurance AIA
Katanya, bantal itu telah digunakan sejak dia kecil iaitu dari tahun 1996, namun ia telah hilang pada tahun 2020.
Menurutnya, bantal tersebut didakwa telah hilang ketika dia mahu berpindah rumah. Namun, selepas empat tahun kemudian dia diberikan kejutan bersempena hari jadinya pada Januari lalu dengan bantal busuk berkenaan.
“Inilah bantal busuk saya dari umur empat tahun. Masa pindah rumah pada 2020, ingatkan tercicir atau tertinggal kat mana-mana, rupanya ada kawan yang simpan selama empat tahun semata-mata nak bagi hadiah hari jadi,” kongsinya.
Perkongsian video itu telah meraih perhatian ramai, rata-ratanya turut berkongsikan pengalaman sama yang tidak boleh berenggang dengan bantal busuk kesayangan mereka.
Siap frame tu paling tak tahan. HAHA!
Sumber: TikTok