Collage 6

Seorang wanita warga emas kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang strok ketika berada di Madinah, Arab Saudi sejak pertengahan Februari lalu.

Halimah Ismail, 64, pada mulanya dimasukkan ke Hospital Al Salam pada 14 Februari selepas mengalami masalah kesihatan ketika dalam perjalanan menunaikan umrah.

Menurut anaknya, Muhammad Al Imran Abd Sanief, 25, pemeriksaan mendapati ibunya dijangkiti beberapa virus termasuk influenza, Covid-19 dan rhinovirus sebelum keadaannya semakin merosot sehingga terpaksa ditidurkan.

Katanya, dia amat berharap bantuan daripada rakyat Malaysia, sama ada melalui doa atau sumbangan kewangan bagi menampung kos rawatan serta membawa pulang ibunya ke tanah air memandangkan kos keseluruhan dianggarkan melebihi RM200,000.

Selepas mak sedar, dia tidak dapat menggerakkan badan dan hanya mampu menggerakkan kepala. Pemeriksaan lanjut kemudian mengesahkan dia mengalami strok.

“Tidak lama selepas itu, mak dipindahkan ke Hospital King Fahad dan kini masih ditempatkan di unit rawatan rapi,” katanya, memetik laporan Sinar Harian.

3481824Muhammad al imran abd sanief bersama ibunya, halimah ismail

Artikel berkaitan: Siap Bagi Sambal Hijau! Gelagat Mak Mertua Cina Hantar Menantu Pergi Umrah Buat Netizen Terharu

Artikel berkaitan: Tersentuh Tengok Guru Mengaji Tahan Lapar & Berjalan Kaki, Aisar Khaled Hadiahkan Motor Serta Taja Umrah

Tambahnya, ibunya kini memerlukan pemantauan rapi dan telah menjalani prosedur trakeostomi bagi membantu proses pernafasan.

Mengulas lanjut, Imran berkata cabaran utama yang dihadapinya ketika ini adalah dari segi kewangan sepanjang berada di luar negara.

“Perbelanjaan harian termasuk kos perjalanan ke hospital dan tempat tinggal menjadi beban utama.

“Saya juga terpaksa menangguhkan kerja, namun bersyukur kerana majikan memahami situasi yang saya hadapi,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.