Syukur Alhamdulillah! Pelakon, pelawak dan usahawan Shuib dan isterinya, Watie telah selamat menimang cahaya mata mereka semalam. Menerusi perkongsian di Instagram, Shuib dilihat begitu gembira menimang bayi perempuan tersebut sambil bergurau senda dengan bayi mereka.
Memetik laporan Kosmo!, bayi itu selamat dilahirkan pada jam 3.47 petang semalam, ruangan komen di Instagram mereka juga telah dibanjiri dengan ucapan tahniah buat pasangan ini.
Artikel berkaitan: Gara-gara Promosikan Vape Dalam Podcast, Shuib Didenda RM 10,000
Artikel berkaitan: Amad Rebah Sebelum Selesai Persembahan, Shuib Tak Nafi Kemungkinan Berlaku Gangguan Mistik
Perancangan Allah luar biasa – Watie
Berita mengenai kehamilan Watie pernah dikongsikan pasangan oni pada November tahun lepas, ia mula didedahkan setelah usia kandungan isteri pelawak ini sudah mencecah beberapa bulan.
Ia juga merupakan kehamilan kedua Watie semenjak mendirikan rumah tangga dengan Shuib setelah mengalami keguguran semasa kehamilan yang pertama kali.
“Dari keluar bilik operation till now Mummy belum sempat tido lagi. Mummy terlalu teruja dgn keindahan yang Allah dah ciptakan buat Mummy.”
Untuk rekod, Shuib dan Watie telah berkahwin pada 23 Jun 2023. Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Allahyarham Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

5 hours ago
5































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















