Syaz Ft 2024 12 10T170613.553

Prosiding kes bunuh pelajar sekolah menengah Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie diteruskan lagi hari ini di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Terbaru, pegawai penyiasat trafik yang membuka kertas siasatan kematian pelajar tingkatan 5 itu memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dia sudah memadam dua rakaman video memaparkan mangsa dilanggar.

Artikel berkaitan: Pakar Forensik Sahkan Zaharif Tidak M*ti Serta-merta Selepas Perlanggaran

Artikel berkaitan: “Antara dada dan perut” –  Ada Lagi Saksi Nampak Badan Zaharif Digil*s Tayar Perodua Ativa

Inspektor Jong Pit Chao, 37, yang juga saksi pendakwaan ke-29 berkata, video itu diterima melalui aplikasi WhatsApp pada 17 Disember tahun lalu iaitu dua hari selepas kejadian perlanggaran antara Perodua Ativa putih dipandu tertuduh dengan motosikal Yamaha 135LC hitam ditunggang Zaharif.

553 4

Menurut laporan Buletin TV3, dua rakaman dashcam itu dihantar oleh seorang wanita pemilik Mitsubishi Triton yang meletakkan kenderaannya di bahu jalan berhampiran lokasi perlanggaran itu terjadi.

Saksi itu berkata, dia memadam video terbabit atas alasan siasatan kes diserahkan kepada pegawai penyiasat baharu, Asisten Superintendan Chua Sze Chuan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

“Semasa saya menerima panggilan daripada wanita itu, saya telah terima arahan kes diserahkan kepada Chua.

Jadi, saya maklumkan kepada wanita itu bahawa saya bukan lagi pegawai penyiasat bagi kes ini, sila hubungi Chua,” katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet pada hari ke-16 prosiding perbicaraan kes seorang pegawai kanan polis didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi.

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.