Tanggal 25 Disember ini, seluruh penduduk Malaysia beragama Kristian akan menyambut Hari Krismas. Seperti perayaan-perayaan lain yang disambut sepanjang tahun, Hari Krismas juga turut disambut meriah dengan pelbagai dekorasi menarik.
Ada satu kampung di Melaka memberikan kelainan dan mungkin tidak pernah dilhat dimana-mana lokasi lain di Malaysia. Korang tengok video @poojakanisan di bawah ni.
@poojakanisanUnexpected place in Malacca. Never knew this place existed. Beautiful Christmas decorations and wonderful people.
♬ It’s the Most Wonderful Time of the Year – Andy Williams
Menurut pemuat naik video, lokasi yang meriah dengan lampu warna-warni ini terletak di Kampung Portugis, Melaka.
Sambutan yang sinonim dengan musim sejuk diluar negara ini juga cukup meriah disambut di negara kita biarpun tanpa salji. Hiasan yang dinaikkan juga mengambarkan suasana dan menaikkan mood mereka yang menyambut sambutan ini.
Begitulah Malaysia, rakyatnya terdiri dari berbilang kaum dan agama. Keharmonian bangsa lain untuk menyambut hari kebesaran mengikut agama dan kepercayaan masing-masing menjadikan kita sebuah negara yang unik.
Baca: Pengguna Lebuh Raya Bakal Nikmati Tol Percuma Sempena Krismas Pada 23 Dan 24 Disember