Negeri Kelantan antara yang terkesan teruk akibat banjir kali ini, pun begitu keadaan di negeri Pantai Timur itu difahamkan semakin bertambah baik dan ramai yang sudah mula keluar dari Pusat Penempatan Sementara (PPS).
Terbaru, usahawan kosmetik Dato’ Seri Vida menerusi laman Instagram miliknya berkongsi bahawa pihaknya sudah memperuntukkan RM 200,000 untuk membantu mereka yang terkesan dengan banjir di Kelantan.
Artikel berkaitan: Tak Bayar Hutang Lebih RM1 Juta, Aset Milik Datuk Vida Termasuk 4 Buah Kereta Mewah Bakal Dilelong
Artikel berkaitan: “Dream house Cik B” – Dato Vida Kongsi Video ‘House Tour’ Rumah Cik B Di Barcelona
“Alhamdulillah Hero mama Kacak! Wakil mama untuk turun memberi sumbangan untuk rakyat kelantan.
Walaupun mama jauh , mama sentiasa doakan semoga semua yang terkesan dengan banjir kali ini dipermudahkan segala urusan 🤲🏻
Kali ini Saya memperuntukkan hampir Rm200,000 untuk membeli barang keperluan dan makanan,” tulisnya di kapsyen.
Dalam perkongsian itu, difahamkan Dato’ Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza binti Othman kini berada di tanah suci untuk mengerjakan ibadah umrah, dia kemudiannya menghantar anaknya, Muhammad Eric Zaquan atau lebih dikenali sebagai Kacak sebagai wakilnya untuk misi itu.
Semoga DSV sentiasa murah rezeki…
Sumber: Instagram