Dalam kesibukan jalan raya, masih ada insan berhati mulia yang sanggup mengetepikan urusan peribadi demi membantu orang asing dalam kesusahan. Itulah yang cuba disampaikan oleh seorang pemuda yang kini sedang giat mencari seorang ‘penyelamat misteri’.
Menerusi hantaran yang tular di media sosial, pemuda berkenaan berkongsi detik hiba selepas terlibat dalam satu kemalangan di Persimpangan PICC, Putrajaya pada 4 April lalu, kira-kira jam 5 petang.
Artikel berkaitan: Bandar Osaka Terima 21kg Jongkong Emas Dari Penderma Misteri Untuk Baiki Sistem Air
Artikel berkaitan: Penunggang Motosikal Terlibat Kemalangan Gara-gara Pintu Kereta Tiba-Tiba Dibuka Di Jalan Raya
Apa yang menarik perhatian adalah tindakan seorang wanita yang berpakaian baju kurung sanggup memberhentikan kenderaan pacuan empat rodanya untuk menghulurkan bantuan.
Bukan sekadar melihat, wanita tersebut dikatakan setia berada di sisi pemuda itu yang sedang terbaring di atas jalan raya sementara menunggu bantuan pihak berkuasa sampai.
“I’m looking for this girl yang tolong saya masa accident… datang kipas saya yang tengah terbaring. I just wanna say thank you so much for helping me. I hope dapat jumpa kamu balik sangat-sangat,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Tampil Perjelas Salah Faham
Meskipun ada segelintir pihak yang mungkin terlepas pandang atau tersalah faham mengenai situasi di lokasi kejadian, bercakap kepada Lobak Merah, pemuda ini tampil memberikan klarifikasi. Jelasnya, wanita berbaju kurung itulah yang memberikan bantuan awal sebelum pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) tiba di lokasi.
“Sebenarnya ramai yang salah faham. Sebelum APM sampai, wanita baju kurung purple tu yang duduk sebelah saya dan kipas saya. Minta maaf sebab tak cerita dari awal,” katanya.
Tindakan murni wanita itu yang gigih mengipas mangsa yang sedang menahan kesakitan di bawah cuaca terik benar-benar menyentuh hati. Kini, pemuda tersebut berharap kuasa media sosial dapat membantunya menjejaki wanita ‘Ford Ranger’ itu untuk menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga.
Sumber: Threads

12 hours ago
15































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















