Ft Tangan Digari

Seorang pekerja stesen minyak iaitu warga Bangladesh ditahan polis bagi membantu siasatan kes kehilangan kuota petrol subsidi Budi MADANI RON95 (BUDI95) kerana disyaki menggunakan maklumat peribadi orang lain di Kupang, Baling, Kedah semalam.

Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Brandon Richard Joe berkata, penahanan terhadap warga Bangladesh itu dilakukan berikutan dengan laporan yang dibuat oleh seorang peniaga berusia 57 tahun dari Selangor berikutan dengan kehilangan kuota subsidi BUDI95 miliknya.

Artikel berkaitan: “Kami legal, kami ada suami Malaysia” – Wanita Indonesia Merayu, Mahu Nikmati BUDI95

Artikel berkaitan: “BUDI95 tak boleh ditebus guna IC orang lain?” – Ini Penjelasan Jabatan Pendaftaran Negara

“Pengadu mendakwa menyedari perkara itu semasa berada di sebuah stesen minyak di Setia Alam, Shah Alam kira-kira 4.48 petang 8 April lalu, sebelum sebelum membuat semakan melalui aplikasi BUDI95.”

“Hasil semakan mendapati terdapat transaksi pengisian minyak subsidi RON95 menggunakan nombor kad pengenalan pengadu di sebuah stesen minyak di Padang Lengkuas, Kupang, Baling.”

Screenshot 2026 05 11 165906

Hasil siasatan mendapati bahawa terdapat 6 transaksi pengisian petrol jenis RON95 yang menggunakan nombor kad pengenalan pengadu itu sebanyak 309.038 liter minyak bernilai RM1,242.33, bermula 18 Mac hingga 8 April lalu.

Disebabkan itu, Brandon berkata bahawa warga Bangladesh yang berusia 34 tahun yang bekerja sebagai seorang juruwang di stesen minyak itu telah direman selama 4 hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dalam pada itu, polis turut mengesan seorang individu warga tempatan yanng dipercayai turut terbabit dalam dalam kes itu.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.