ft haniff hamzah

Seperti yang kita sedia maklum, program Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) minggu kedua baru sahaja berlangsung hujung minggu lalu dan dilihat sudah bermacam-macam perkara menjadi bahan bulan netizen di media sosial.

Jika sebelum ini, salah seorang juri Ziana Zain manjadi tumpuan netizen kerana isu penampilan peserta dan kali ini sekali lagi juri menjadi tumpuan apabila tular video memperlihatkan Ziana Zain cuba bertanyakan sesuatu kepada salah seorang peserta ketika memberikan komen.

Artikel berkaitan : “Ada kaitan dengan peristiwa silam” -Peserta CSOIAM, Marygrace Terkenang Insiden Bapa Dib*nuh Depan Mata

Artikel berkaitan : Ramai Netizen Terhibur Tengok Ziana Zain 2 Buat ‘Comeback’ Dekat Kerusi Penonton GV

Dalam video tersebut dilihat Ziana Zain memuji cara peserta menyampaikan lagu yang dipersembahkan dengan baik dan dia ada tanya apa faktor dan motivasi yang membuatkan dia mampu melakukan dengan baik.

Peserta tersebut ada menjelaskan bahawa dia pada mulanya tidak faham maksud lagu tersebut namun setelah memahaminya barulah dia boleh menjiwai lagu tersebut, jelasnya ia berlaku kepada sesuatu perkara yang dia tidak boleh lupakan.

Juri yang tertanya-tanya ingin tahu peristiwa tersebut sebelum mendedahkan tragedi bapanya dibunuh. Perkara itu membuatkan netizen kurang senang dengan cara juri bertanya hal itu.

@iprinceassad

Tak perlu kot tanya detail sgt hal peribadi orang dekat live depan orang ramai tu. Juri pun kene la respek peserta juga.

♬ original sound – 🔥LaksaJohor🔥 – 🔥LaksaJohor🔥

Bagaimanapun, perbualan mereka dicelah oleh pengajara program itu iaitu Haniff Hamzah dengan menjelaskan bahawa hanya perlu disimpankan kerana mungkin ia tidak patut diceritakan semuanya.

Tindakan  Haniff Hamzah telah mengundang pujian netizen dalam mengawal situasi tersebut secara profesional.

Screenshot 2024 12 31 124137 Screenshot 2024 12 31 124155 Screenshot 2024 12 31 124213 Screenshot 2024 12 31 124226

Walaubagimanapun, peserta tersebut, Marygrace semalam ada membuat kenyataan dan menceritakan perkara bagaimana ayahnya boleh terbunuh, boleh baca pada pautan artikel berkaitan di atas.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.