Penganut agama Islam dilarang keras daripada mengamalkan sihir, kerana dianggap mengingkari hukum Allah dan boleh jatuh syirik. Ia seolah-olah cuba menandingi kuasa Allah.
Terbaru, seniwati Fauziah Ahmad Daud yang juga dikenali sebagai Ogy mendedahkan pernah menjadi mangsa sihir selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga dengan aktor Eman Manan.
Artikel berkaitan: “Langit dah bagitau saya disihir teruk” – Tegas Diri Tak Gila, Nonny Nadirah Mohon Bantuan PDRM
Artikel berkaitan: “Sampai rasa nak m*ti” – Illa Sabry Dedah Pernah Disihir Sehingga Badan Susut 12KG
Beliau berkongsi gangguan aneh mula dirasai apabila dia kerap melihat makhluk halus selain mengalami perubahan emosi mendadak termasuk naik angin tanpa sebab.
“Saya jumpa patung muka saya ditanam depan rumah. Ketika itu baru beberapa bulan saya menikahi Eman.
Disebabkan kerap nampak benda-benda yang tak sepatutnya, emosi tak stabil, rasa malas nak pergi kerja, tiba-tiba marah tanpa sebab, itu yang saya lalui,” katanya dalam podcast X’Klusif.
Perkara mistik yang berterusan menimpanya membuatkan pelakon filem Azura dibantu isteri kepada pelakon Datuk Tarmimi Siregar, Tengku Asmah, yang memanggil seorang imam bagi memutuskan sihir tersebut.
“Perkara itu berterusan sehingga isteri Datuk Tarmimi Siregar panggil imam Masjid Kampung Baru datang ke rumah saya.
Imam itu masuk saja, terus dia kata, ‘ada benda dekat depan tu, korek sekarang’. Bila korek, jumpa patung muka saya yang dibalut kain kafan dan penuh dengan jarum,” kongsinya.
Menurutnya, itu adalah kali pertama dia melihat sendiri bukti bahan sihir yang dihantar kepadanya dan atas nasihat imam, dia perlu menjalani proses pemulihan dengan mencari tujuh masjid untuk mandi serta menunaikan solat sunat taubat.
Sumber: Kosmo!