Jay-Z Terheret Dengan Isu P.Diddy, Didakwa Mer*gol Remaja Umur 13 Tahun

1 month ago 42

Dalam kehangatan kes yang membabitkan P.Diddy, nama penyanyi rap, Jay-Z atau Shawn Carter juga terpalit dengan isu ini apabila dia didakwa telah merogol seorang remaja perempuan.

Dia didakwa merogol remaja berkenaan ketika remaja tersebut berumur 13 tahun saat menghadiri satu acara ‘after party’ untuk MTV Music Video Awards (VMA) pada tahun 2000.

Artikel berkaitan : P Diddy Naik Angin Dalam Penjara Lepas Dengar 120 ‘Mangsa’ Bakal Kemukakan Saman, Tegas Semua Dakwaan Palsu

Artikel berkaitan : Sean P Diddy: Kisah Sisi Gelap Superstar Hollywood Yang Jijik & Menggemparkan Dunia! Ini Apa Yang Korang Perlu Tahu…

Remaja tersebut yang kini sudah berusia 37 tahun  mendakwa Jay-Z melakukan perbuatan terkutuk itu bersama P.Diddy.

Terpanggil dengan isu tersebut, Jay-Z tampil memberikan respon dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut kerana ia bertujuan untuk memburukkan reputasinya.

575Fc9D56D25E850F0B2E409000F0B3C

“Saya ada terima satu surat berbaur ugutan, kononnya nak buat tuntutan saman daripada seorang ‘peguam’ yang dikenalis ebagai Tony Buzzbee.”

“Dia ingat dengan menuduh saya dan mendapat perhatian ramai akan membuatkan perkara ini selesai? Tidak sama sekali,

“Dia rasakan dengan tuduhan ini dan dapat perhatian umum boleh membuatkan saya akur? Tidak sama sekali.”

Menerusi Instagram syarikatnya, Roc Nation, Jay-Z menjelaskan bahawa cubaan terhadapnya itu membuatkan dia lebih berani untuk mendedahkan penipuan ‘peguam’ tersebut kepada umum. Jadi, dia tidak akan memberikan wang kepada pihak tersebut.

Screenshot 2024 12 09 133051

“Tuduhan ini sangat dangkal dan saya harap awak failkan aduan jenayah, bukannya sivil!”

Dalam pada itu, Jay-Z juga tidak menafikan si mangsa patut tuntut keadilan jika kes sebegitu wujud. Bahkan, Jay-Z juga menjelaskan bahawa dia ada selidik latar belakang Tony Buzzbee dan menjelaskan bahawa dia seorang yang banyak melakukan taktik sebegini.

Screenshot 2024 12 09 133108

Jay-Z dengan berani mengatakan bahawa dia sudah banyak bersemuka dengan orang sebegitu Buzbee yang juga suami kepada penyanyi Beyonce ini menegaskan bahawa dia seorang yang jauh lebih bersedia untuk berdepan dengan ancamannya.

Sumber : mStar Online, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |