Sering kali kita dengar keluhan dan kepenatan isteri yang menguruskan kerja harian di rumah terutamanya mereka yang bekerja, namun dalam video yang tular ddi media sosial ini, ia kejadian sebaliknya.
Video tersebut memperlihatkan seorang suami yang seperti sedang memarahi isterinya dalam keadaan rumah bersepah sambil anak kecilnya sedang berlegar-legar rumah mereka.
Artikel berkaitan : Pemandu Peribadi Lakukan S*ks Luar Tabii Dengan Suami Majikan Direman 5 Hari
Artikel berkaitan : “Sudah reda” – Badan Suami Syura Melecur Teruk, Tidak Mahu Buat Laporan Polis
Berdasarkan video tersebut si suami sambil melakukan kerja rumah itu seperti geram dan menegur sikap isterinya yang dia labelkan sebagai ‘tak matang’. Ini kerana dirinya yang melakukan dua atau tiga kerja tidak pernah mengeluh penat apabila pulang ke rumah.
“Penat sikit tak boleh, itu tak bileh, ada aku buat sampai 2,3 kerja kat luar, aku cakap balik aku penat, ada aku cakap macam tu? Ada tak? Aku cerita kat kau penat macam tu, menangis-nangis ada?”
“Baru settlekan rumah, budak macam tu je dah balik-balik menangis. Engkau kalau tak boleh kerja, jangan kerja, aku dah cakap tak bagi kau kerja haritu.”
Menyedari bahawa dirinya dirakam ketika dengan melepaskan geram, dia tidak kisah jika perakam yang didakwa isterinya itu hantar video tersebut kepada ibunya.
“Takpe bagi video ni kat mak kau, biar mak kau tahu kenapa aku marah kau, sebab mak kau cakap bagi kau kerja, aku bagi kau kerja.”
“Engkau kalau tak ada kereta, tak ada siapa yang susah, aku kalau tak ada kereta semua orang susah, tu kau kena fikir.”
Video yang tular di X itu telah meraih 5K jumlah perkongsian sepanjang 2 hari ia dikongsikan, rata-rata netizen bersimpati dengan suaminya dan tersedar jika suami pula yang meluahkan isi hatinya jika dia pun rasa letih.
Malah, ramai yang menegur tindakan si isteri yang mendedahkan hal-hal rumah tangga di media sosial.
Min doakan yang terbaik untuk mereka berdua, harap mereka dapat bincang elok-elok lepas ni utnuk elakkan maslah rumah tangga meleret.
Sumber : X