Prosiding kes pembunuhan pelajar tingkatan 5, Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie berlangsung lagi hari ini di Mahkamah Tinggi Ipoh.
Terbaru, seorang pegawai polis memberitahu mahkamah bahawa elemen memandu secara melulu atau membahayakan tidak dijalankan dalam siasatan kes bunuh tersebut.
Artikel berkaitan: Kes Bun*h Zaharif: Pegawai Penyiasat Mengaku Padam 2 Video Perlanggaran
Artikel berkaitan: Pakar Forensik Sahkan Zaharif Tidak M*ti Serta-merta Selepas Perlanggaran
Menurut Inspektor Jong Pit Chao, 37, siasatan terhadap elemen di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 itu tidak sempat dijalankan susulan kertas siasatan berkenaan diambil alih pegawai penyiasat lain.
Dalam laporan Kosmo!, saksi pendakwaan ke-29 itu berkata, siasatannya bagi kes tersebut hanya dalam tempoh 23 jam pada hari pertama kejadian.
“Peranan saya ketika sampai di lokasi kejadian yang pentingnya adalah saya perlu secure bukti fizikal yang ada di lokasi kejadian. Itu adalah aspek penting selain keterangan-keterangan lisan saksi awam yang ada di lokasi.
Belum sempat saya membuat siasatan lanjut (kewujudan) kedua-kedua elemen (memandu secara melulu atau membahayakan), saya telah ditukarkan,” katanya.
Difahamkan, Pit Chao merupakan pegawai penyiasat trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh yang bertugas pada 15 Disember 2023 iaitu hari kejadian perlanggaran berlaku sebelum kertas siasatan itu diambil alih oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Ipoh pada keesokkan harinya.
Sumber: Kosmo!