Ini 10 Isu Tular Yang Menjadi Tumpuan Rakyat Malaysia Sepanjang Tahun 2024

1 month ago 43

Tahun 2024 bakal melabuhkan tirainya tak lama lagi dan sepanjang tahun ini pasti kita dapat menyaksikan macam-macam kes yang terjadi menerusi media sosial. Isu-isu hangat ini pernah menjadi buah mulut orang ramai.

Jadi, di sini min nak recap balik isu-isu tular yang pernah menjadi buah mulut orang ramai sepanjang tahun 2024 ini. Macam-macam betul terjadi.

Artikel berkaitan : 5 Perkara Viral Hangat Diperkatakan Di Malaysia Sepanjang Tahun 2022

Artikel berkaitan : Ini 6 Jenayah Yang Paling ‘Disturbing’ Pernah Berlaku Sepanjang 2023

1. Aliff Aziz kena tangkap basah Ruhainies 

Screenshot 2024 12 18 183817

Setelah rumah tangga antara Aliff Aziz dan Bella Astillah kembali reda, beberapa tahun kemudian rumah tangga kedua-dua pelakon dan penyanyi ini hangat apabila digemparkan dengan berita Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama seorang pelakon wanita di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Nak dipendekkan cerita pelakon wanita yang dimaksudkan, Ruhainies telah mendapat kecaman hebat daripada netizen dan rata-rata bersimpati dengan nasib Bella Astillah. Bagaimanapun, isu jadi semakin hangat apabila ada pihak mendedahkan hubungan sulit Bella Astillah dengan pelakon, Muaz Zabir.

Bagaimanapun, Bella ada tampil memberikan kenyataan bahawa tujuannya itu hanyalah ingin membuatkan Aliff yang pada ketika itu masih suaminya cemburu, dalam masa yang sama, Bella turut mendedahkan sebenarnya dah curang sebanyak 11 kali termasuk dengan adiknya sendiri dan Bella menyatakan yang dia ada simpan bukti.

Screenshot 2024 12 18 183830

Isu menjadi semakin hangat apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine tiba-tiba muncul, ia berikutan tularnya satu video mesra menunjukkan dirinya bersama pelakon itu dia yang mendakwa pernah menjadi kekasih gelap Aliff Aziz mendedahkan perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies yang memburukkan Bella Astillah dan rakan artis lain yang sekaligus ramai nama artis terlibat.

Pendek cerita, Jun lalu, Aliff Aziz dan Bella Astillah  cerai talak satu pada jam 1.11 tengah hari di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

2. Faisal Halim disimbah asid

Screenshot 2024 12 18 184027

Beberapa bulan lepas, media sosial pernah membangkitkan topik tentang industri bola sepak negara apabila beberapa orang pemain bola sepak negara diserang orang individu yang tak dikenali, ia bermula dengan pemain pasukan Terengganu FC, Akhyar Rashid yang diserang di kawasan berhampiran kediaman rumahnya.

Belum reda isu tersebut, beberapa hari kemudian, digemparkan pemain Selangor FC, Faisal Halim disimbah asid ketika ingin meninggalkan satu tempat pusat membeli belah di Petaling Jaya. Selang beberapa hari lagi, bekas ketua pasukan skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim pula mendedahkan yang  cermin keretanya pecah akibat serangan individu tidak dikenali berhampiran pusat latihan Johor Darul Ta’zim.

Screenshot 2024 12 18 183954

Boleh baca kronologi ketiga-tiga pemain diserang di sini.

Bagaimanapun, dantara ketiga-tiga pemain ini, Faisal Halim yang paling diberi tumpuan kerana serangan yang dia alami paling teruk. Lecuran tahap empat yang dialami oleh Faisal Halim serba sedikit telah membataskan kerjayanya dalam sukan bola sepak ini. Ia telah mengundang simpati warganet sehinggakan Selangor melakukan soladiriti  ‘Stand With Faisal Halim. Stop The Violence‘.

3. Stoking KK Mart ada kalimah Allah

Screenshot 2024 12 18 184146

Ada pengguna media sosial kongsikan satu stoking yang dijual di kedai runcit ternama iaitu KK Mart mempunyai kalimah Allah, ia sekaligus telah magundang kecaman rakyat Malaysia terutamanya bagi mereka yang beragama Islam. Tak cukup dengan itu, ramai yang berpakat untuk memboikot daripada memberli barang di situ.

Namun begitu, pihak KK Mart telah tampil dan memohon maaf secara terbuka, dalam pada itu, KK Mart juga telah menarik balik jualan stoking tersebut.

4. Abang bas 

Screenshot 2024 12 18 184235

Seorang pengguna TikTok yang juga bekerja sebagai pemandu bas sekolah telah mencuri tumpuan netizen di media sosial kerana memuat naik hantaran yang mengundang rasa curiga mereka apabila menyaksikan cara layanan pemandu bas atau Mohamad Norhadhim Sari terhadap kanak-kanak bawah umur dengan menggelarkan mereka crush.

Isu tersebut telah mengundang perbalahan sesama netizen, ada yang mengatakan ia hanya sekadar gurauan dan ada juga yang mengecam. Peka dengan tular isunya, Abang Bas ada membuat satu kenyataan menerusi satu sesi live.

“Korang hentam saya tak guna kalau parents diorang tak ambil tindakan kepada saya. Sebab apa? Saya ada akal.

“Saya dah cakap dengan parents diorang. Kenapa saya boleh tersenyum, boleh happy lagi? Sebab parents diorang, saya sudah beritahu awal.”

Pun begitu, ramai netizen masih marah dan kes ini telah menjadi campur tangan pihak berkuasa, Abang Bas telah ditahan polis. Dia berdepan dengan tiga pertuduhan secara keseluruhan termasuk dua daripadanya di Mahkamah Sesyen Muar dan memerlukan jaminan sebanyak RM40,000.

Disebabkan itu ahli keluarganya melancarkan kutipan derma dan dalam masa beberapa jam, ahli keluarga berjaya kumpulkan jumlah tersebut untuk ikat jaminnya. Bagaimanaoun, Abang Bas mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas tuduhan dikemukakan di hadapan Hakim.

5. Alif teega didakwa 

Screenshot 2024 12 18 184403

Selepas isu kahwin dua, pempengaruh Alif Teega dan isterinya Aisyah Hijanah kembali hangat di media sosial susulan dengan dakwaan salah guna infaq lebih daripada RM 1 juta

Isterinya, Aisyah Hijanah juga turut terpalit, kedua-dua mereka ini didakwa atas 10 pertuduhan salah guna dana awam tersebut. Bagaimanapun,  mereka mengaku tidak bersalah.

Jika disabit kesalahan bagi setiap pertuduhan, tertuduh boleh dihukum bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun dan sebatan serta denda.

Mereka juga bersetuju untuk membayar ikat jamin sebanyak RM50,000 setiap seorang dengan syarat di aman harus memberikan pasport dan melapor diri di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada setiap bulan sehingga selesai dan tidak boleh berhubung dengan mana-mana saksi.

6. GISBH 

Gisbh 1

Isu berkenaan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) bermula apabila tularnya imej memaparkan pihak berkuasa menyerbu premis mereka di Rawang. Bermula dari situ, bermacam-macam pendedahan yang membuatkan ramai warganet terkejut dan geram.

Antaranya, penderaan, pengabaian, salah laku seksual dan bermacam-macam lagi pendedahan yang dilakukan oleh bekas-bekas ‘ahli tertinggi’ daripada organisasi tersebut, paling menjadi tumpuan adalah amalan yang dilakukan oleh mereka yang dilabelkan sebagai ajaran sesat.

Berikutan dengan serbuan itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), isteri, anaknya, anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Mohammad antara 19 jemaah yang telah ditahan.

7. Fazura vs Fattah Amin 

Screenshot 2024 12 18 184549

Kehangatan pasal kes penceraian antara pelakon dan penyanyi Fazura dan Fattah Amin bermula apabila Fazura ada failkan cerai terhadap Fattah. Selepas berita mengenai perkara ini muncul, timbul pula spekulasi antara kedua-dua mereka seperti Fattah curang dengan orang terdekat mereka dan ada juga yang membuat spekulasi mengenai sikap Fazura.

Dakwaan tersebut ditepis oleh Fazura dan menyatakan ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melakukan fitnah tersebut.Mereka sah bercerai talak satu pada Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Isu menjadi hangat apabila Fazura menceritakan punca cerai mereka sejurus sahaja keluar dari mahkamah dengan pengatakan bahawa Fattah Amin curang dan abaikan nafkah, bahkan Fazura juga ada menghadiahkan Range Rover kepada Fattah.

Screenshot 2024 12 18 184559

Bagaimanapun, Fattah menepis dakwaan tersebut dengan mengatakan dia ada membarar ansuran kereta tersebut selain kecewa dengan tindakan bekas isterinya memberikan kenyataan sebegitu kerana mereka sudah sepakat untuk tidak membuka mulut kepada awam.

8. Banjir Pantai Timur

Whatsapp Image 2024 12 01 At 7.38.43 Am

Boleh dikatakan, saban tahun akan berlaku banjir pada hujung dan awal tahun, antara negeri yang selalu terkesan dalam musim tengkujuh ini adalah negeri-negeri di Pantai Timur. Namun begitu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat menerusi Berita Harian menyatakan banjir di Kelantan tahun ini adalah paling buruk dalam sejarah.

Dalam pada itu, dapat dilihat ramai pihak ‘turun padang’ untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, bahkan kembali tular beberapa rumah yang tidak menaiki air kerana mempunyai penghadang berbanding rumah jiran dan rumah terapung apabila musim banjir tiba.

9. Rumah Che Ta

Screenshot 2024 12 18 184803

Beberapa hari lepas,  pelakon jelita Rozita Che Wan atau lebih emsra dengan panggilan Che Ta menjadi buah mulut orang ramai apabila rumahnya diserbu oleh pihak MARA kerana gagal melunaskan pinjaman yang dinggarkan bernilai lebih daripada RM 1 juta.

Screenshot 2024 12 18 184835

Malah, Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, ada membuat satu hantaran sinis terhadap mana-mana pihak yang membuat pinjaman harus membayarnya semula. Dalam pada itu, baru-baru ini, Che Ta ada tampil memberikan respon dengan menegaskan bahawa ada laporan yang tidak benar namun tidak dinafikan ada yang betul.

Che Ta menegaskan bahwa dia tidak lari ke mana bahkan masih ada di rumahnya sambil menegaskan bahawa rumahnya tidak kena sita. Malah Che Ta berjanji akan memberikan kenyataan yang lebih lanjut berhubung dengan isu ini.

10. Jenazah beku Adik Adham

326363492 635159901397997 1909192818728964874 N

Satu kejadian yang menydihkan baru-baru ini apabila ada jenazah bayi yang telah meninggal dunia selama 16 hari dibekukan oleh pihak hospital kerana ayah gagal untuk membayar bil. Perkara itu mula didedahkan oleh pihak pengurusan jenazah yang memaparkan mereka sedang berusaha untuk ‘mencairkan’ bekuan itu sebelum dikebumikan.

Menurut ayah dan pengurus jenazah tersebut, si ibu mengadu kesakitan dan di hantar oleh jiran ke hospital swasta tersebut, pada waktu itu si ayah dalam perjalanan pulang ke kerja. Isu ini tular dan mendapat perhatian orang ramai sampaikan Hospital Bersalin Razif rasa terpanggil untuk tampil beri kenyataan balas.

Screenshot 2024 12 18 185015

Katanya, si ibu dan ayah tidak berkahwin kerana si ibu tiada ‘buku pink’ malah mereka juga merayu untuk tidak laporkan hal ini kepada pihak berkuasa. Peka dengan kenyataan yang diberikan pengurus jenazah yang dikenali debagai Wan Cai mendakwa pihak hospital putar belit cerita dan mampu membuktikan bahawa mereka berkahwin.

Bahkan si bapa juga menyatakan bahawa setiap hari dia merayu untuk ‘lepaskan’ anaknya tapi mereka tidak benarkan. Jenazah bayi yang dinamakan dsbagai Adham itu akhirnya dikebumikan apabila ada individu yang juga pesakit di hospital itu bantu melunaskan bil tesebut.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |