Wanita Rayu Pulangkan Helmet Pemberian Arwah Bapa Dicuri Di Stesen Minyak

Kehilangan sesuatu barang sememangnya membuatkan hati kita tidak tenteram, apatah lagi barang yang hilang itu mempunyai nilai sentimental atau dihadiahkan oleh insan istimewa.

Itulah yang dihadapi oleh seorang wanita apabila topi keledar pemberian arwah bapanya hilang dicuri oleh seorang individu.

Menerusi rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan di akaun TikToknya, kelihatan seorang lelaki lalu di sebelah motosikal milik wanita itu yang diparkir di stesen minyak Caltex Desa Coalfield, Sungai Buloh.

Artikel berkaitan: “Helmet harga kereta” – Individu Beli Helmet RM86K Jadi Perbualan Netizen Di Media Sosial

Artikel berkaitan: “Perompak sekarang tunggu peluang je” – [VIDEO] Wanita Tinggalkan Beg Dalam Kereta, Kena Rompak Sebab Tak Kunci

Lelaki itu dilihat mengambil topi keledar tersebut lalu meletakkannya di atas motosikal sendiri sebelum beredar meninggalkan lokasi.

@bubblywashere

Assalamualaikum, Mohon ya yang mencuri pulangkan kembali helmet saya tu, mungkin dah calar balar tapi ada value saya beli dgn arwah bapak saya Saya bagi adik saya yang baru habis SPM guna pergi kerja motor & helmet saya tu Senang ya buat kerja terus rembat? Tolong pulangkan balik, tak malu ke curi helmet anak yatim #Helmet #Mencuri #SungaiBuloh #desacoalfields #Caltex

♬ APT. – ROSÉ & Bruno Mars

Melalui perkongsian tersebut, wanita itu turut meminta individu bernama ‘Haziq 8’ yang dipercayai pelaku berkenaan untuk memulangkan topi keledar tersebut.

“Haziq 8, pulangkan helmet pemberian arwah bapa saya,” tulisnya.

Menurut wanita itu, topi keledar dan motosikal dalam video kejadian dipinjam oleh adiknya, seorang lepasan SPM yang baru mula bekerja.

Dia menegaskan dirinya sangat menjaga topi keledar tersebut dan membawanya kemana-mana sahaja apabila berada di luar rumah.

Sedih dengan apa yang berlaku, dia menjelaskan tujuannya memuat naik rakaman CCTV itu sebagai ikhtiar untuk mendapatkan kembali topi keledar pemberian arwah bapanya.

“Saya harap yang mencuri tu dibuka la pintu hati pulangkan kembali helmet itu,” tulisnya.

Screenshot 2024 12 05 163020

Difahamkan, topi keledar pemberian arwah bapanya itu telah pun berusia enam tahun dan merupakan jenis Gracshaw berwarna hitam metalik dengan visor rainbow serta bersaiz 2XL.

Setakat artikel ini ditulis, dia masih belum mendapat maklumat atau info mengenai topi keledarnya itu.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.