Kalau korang jenis susah tidur atau selalu bangun badan sakit, mungkin dah tiba masa untuk upgrade tilam. Baru-baru ni, Harvey Norman Malaysia perkenalkan tilam Hilker Titanium ComfortCore V-Series Mattress di cawangan utamanya di Mid Valley, dengan membawa teknologi kejuruteraan tidur dari Jerman terus ke pasaran tempatan.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Harvey Norman Malaysia, Jonathan Toh, pelancaran eksklusif ini menandakan kerjasama runcit antara Harvey Norman dan jenama Hilker, dengan fokus utama pada inovasi, keselesaan serta ketahanan jangka panjang dalam segmen kelengkapan bilik tidur.

Katanya lagi, pelancaran ini bukan sekadar memperkenalkan produk baharu, tetapi juga mencerminkan komitmen mereka untuk membawa teknologi tidur moden kepada rakyat Malaysia.
Tilam V-Series menggabungkan sains tidur, kejuruteraan dan inovasi terkini bagi memberikan sokongan optimum, keseimbangan serta keselesaan bertaraf dunia. Produk ini bukan untuk kegunaan jangka pendek, tetapi direka untuk ketahanan dan prestasi konsisten selama bertahun-tahun.”
Majlis tersebut turut disempurnakan bersama pemilik jenama Hilker, Ernst Hilker.
Pecah rekod Malaysia, lebih 10,000 spring dalam satu tilam

Menariknya, pada majlis sama, Hilker berjaya mencatat nama dalam Malaysia Book of Records bagi kategori ‘Most Titanium Alloy Pocket Springs in a Mattress (2026)’, sekaligus mencipta sejarah baru dalam industri tilam.
Tilam V-Series ini menggunakan teknologi TXI First Titanium Pocket Springs Zoning System yang menampilkan Ti-core Titanium Pocket Springs dengan lebih 10,000 spring dalam satu tilam.
Rekaannya menggabungkan struktur ‘honeycomb’ dan susunan selari dalam zon sokongan khas untuk membantu penjajaran tulang belakang dengan lebih baik, mengurangkan tekanan pada badan serta meningkatkan kestabilan dan kawalan pergerakan semasa tidur.
Banyak pilihan model & saiz, ikut bajet dan keperluan

Siri ini hadir dengan beberapa model seperti Empire V, Royale V, Grande V dan Supreme V. Korang juga boleh pilih saiz ikut keselesaan sendiri, daripada Single, Super Single, Queen hingga ke King.
Buat masa sekarang, produk ini ditawarkan secara eksklusif di cawangan utama Mid Valley sebelum diperluaskan ke seluruh rangkaian kedai Harvey Norman di seluruh negara.
Boleh bayar ansuran sampai 60 bulan, siap ada hadiah free

Selain pengalaman membeli-belah yang lebih mudah, pelanggan juga boleh menikmati pelan bayaran ansuran sehingga 60 bulan tanpa faedah. Jadi kalau rasa tilam premium macam ni mahal, sebenarnya dah lebih accessible sekarang.
Sempena pelancaran, pelanggan turut ditawarkan hadiah percuma bergantung kepada nilai pembelian, termasuk sofa urut dan peralatan urutan.
Siap ada AI bantu pilih tilam ikut badan korang

Satu lagi benda menarik, Harvey Norman turut merekomenkan sistem pintar kecerdasan buatan (AI) BedMATCH yang bantu korang pilih tilam berdasarkan analisis tekanan badan, taburan berat dan tahap keselesaan individu.
Dengan bantuan Bedding Specialists yang terlatih, korang akan dapat cadangan tilam yang lebih tepat ikut keperluan tidur dan juga bajet masing-masing.
Dengan langkah ini, Harvey Norman dilihat terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam pasaran peralatan rumah berkualiti, sambil memenuhi keperluan pengguna yang semakin mementingkan kualiti tidur dan gaya hidup sihat.
Kalau selama ni korang anggap tilam cuma “cukup tidur je”, nampaknya sekarang dah masuk level teknologi tinggi.

5 hours ago
5






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















