Ft Fattah Amin Lod

Pelakon dan penyanyi Fattah Amin mengesahkan yang dia sudah menerima surat tuntutan (LOD) daripada bekas isterinya, Nur Fazura berhubung dengan kenyataan yang dikeluarkan di mahkamah membabitkan isu kenderaan.

Bagaimanapun, Fattah enggan kongsikan butiran terperinci tentang LOD tersebut dan menyerahkan kepada peguam untuk tindakan lanjut.

Artikel berkaitan : Fattah Amin Dilantik Ketua Eksekutif Pemasaran Pak Mat Western, Netizen Ucap Tahniah!

Artikel berkaitan : Isu Ejen Kongsi Fattah Amin Tukar Penama Hibah Didakwa Dedah Info Sulit, Ini Respon Pempengaruh Takaful, Papayen

“Betul. Saya ada terima LOD bulan lalu iaitu sebelum mengerjakan umrah. Saya kurang pasti tarikh sebenar tapi pihak peguam sudah menjawab dan sudah diserahkan mengikut tarikh ditetapkan iaitu tujuh hari bermula tarikh LOD diterima.

“Setakat ini, itu saja yang boleh saya kongsikan. Untuk urusan selanjutnya, kami tunggu saja di mahkamah.”

Menurut Fattah lagi, kandugan notis yang dia terima itu terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

Screenshot 2024 12 09 183810

“Itu adalah urusan peribadi. Saya tak boleh kongsi, lebih elok simpan sendiri saja.”

Sebelum ini, isu kenderaan yang Fazura hadiahkan kepada Fattah kembali hangat selepas peguam Fazura menyerahkan notis tuntutan yang disebutkan.

Ia kerana ketika sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada Oktober lalu, Fazura dalam satu kenyataan memberitahu dia menghadiahkan sebuah kereta untuk Fattah.

Fattah membalas bahawa kereta itu bukan hadiah sebaliknya dia membayar ansuran bulanan menerusi potongan gaji.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.