Doktor Malaysia Dihukum Penjara Di Ireland, Didakwa Lakukan Penderaan S*ksual Terhadap Remaja Perempuan

2 months ago 54

Seorang pakar psikiatri kanak-kanak warganegara Malaysia yang melakukan pengantunan (sexual grooming) dan penderaan seksual terhadap seorang remaja perempuan di Ireland telah didapati bersalah dan menerima hukuman penjara selama 8 tahun 6 bulan di sana.

Menurut laporan The Irish Times, Amirul Arif Mohd Yunos, 38 yang beralamat di Hollystown, Dublin 15, bekerja di pusat Perkhidmatan Kesihatan Mental Kanak-kanak dan Remaja (CAMHS) di Clonskeagh, Dublin ketika kesalahan itu dilakukan pada tahun lepas.

Hasil laporan juga mendapati, mangsa bukan pesakitnya secara rasmi tetapi Amirul Arif dikenali oleh ibu bapa mangsa yang memintanya terlibat secara rasmi dengan anak perempuan mereka yang mengalami masalah kesihatan mental.

Pexels Ekaterina Bolovtsova 6077326

Difahamkan kejadian pertama berlaku ketika gadis itu berusia 15 tahun dan ia terjadi beberapa kali sehinggalah yang terakhir pada September tahun lalu.

Amirul Arif mengaku bersalah di atas enam pertuduhan melakukan perbuatan seksual terhadap kanak-kanak di bawah 17 tahun, satu pertuduhan eksploitasi seksual kanak-kanak dan satu lagi pertuduhan bertemu kanak-kanak bagi tujuan eksploitasi seksual.

Artikel berkaitan: Pelajar Malaysia Disabitkan Kesalahan Memb*nuh di UK, Sembunyi Bayi Dalam Beg Pakaian

Artikel berkaitan: Tular Dakwaan Guru Pedofilia Di MRSM Tumpat, Polis Kini Sedang Jalankan Siasatan

Remaja alami tekanan mental teruk selepas kejadian 

Mahkamah di Ireland diberitahu remaja itu kini yang berusia 17 tahun mengalami tekanan mental yang ketara dan berterusan akibat kejadian tersebut.

Kejadian jenayah itu dikatakan berlaku di beberapa lokasi termasuk di kereta, di rumah mangsa dan pelaku dan di tempat kerja pelaku.

Dalam kenyataan mangsa yang dibacakan kepada mahkamah oleh peguam pendakwa, Derek Cooney BL, gadis itu berkata perbuatan tersebut menyebabkan dia mengalami ‘trauma yang teruk dan menyakitkan’.

3051474

Namun mangsa berkata, dia menyalahkan dirinya sendiri kerana merasakan dia turut ‘mendorong’ berlakunya kejadian itu dan ‘layak’ menerima akibatnya.

Mangsa juga mengakui akan selama-lamanya berasa ragu terhadap niat orang yang ingin membantunya.

Hakim Orla Crowe berkata, ia adalah ‘perkara yang sangat serius’ dan perbuatan itu memberi kesan berterusan kepada mangsa. Justeru, Hakim memutuskan tertuduh wajar menerima hukuman penjara 8 tahun setengah bermula dari tarikh dia ditahan.

Menurut mStar, pelaku juga merupakan adik kepada seorang individu yang ternama di Malaysia.

Uish seram bila baca. Semoga mangsa kuat dan pulih daripada traumanya. 

Sumber: Irish Times, mStar

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |