Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial menunjukkan sekumpulan penduduk kampung mengorek pasir bagi membina laluan air dari kawasan bertakung.
Dalam video yang dikongsikan oleh @toxxxxx__, mereka membina saluran air bagi mengalirkan limpahan air bertakung itu ke kawasan pantai berhampiran.
Pun begitu, segelintir netizen yang melihat video tersebut meluahkan rasa kurang senang kerana menganggap tindakan yang dilakukan itu boleh merosakkan ekosistem kerana mengganggu persekitaran alam semula jadi di kawasan tersebut.
Ada yang menggesa pihak berwajib mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang ‘sesuka hati’ membuat laluan air itu.
Artikel berkaitan: “Sah, kerana…” – Video Lelaki Solat Dalam Banjir Dipertikai Netizen, Ini Penjelasan Penulis Buku Agama
Artikel berkaitan: “Green tea jadi teh beng” – Penduduk Kecewa Tak Sempat Tengok Fenomena Banjir ‘Air Hijau’ Di Kelantan
@toxxxxx__atvt ore kapong🌧#musimhujan #airsangatderas
♬ original sound – Ku Pendikir – Ku Pendikir
‘Bedah air’ untuk elak banjir
Wakil penduduk menjelaskan aktiviti membuka aliran air bertakung atau lebih dikenali sebagai ‘bedah air’ dilakukan bertujuan untuk mengelak ia melimpah ke kawasan rumah penduduk berdekatan pesisir pantai sepanjang musim tengkujuh.
Menurut Mohd Azahrul, selain dikenali sebagai ‘bedah air’ penduduk kampung turut menggelar aktiviti itu sebagai ‘korek alur’ bagi membuka laluan air bertakung untuk dilepaskan ke kawasan Pantai Taping Kemasik, Kemaman, Terengganu.
“Kawasan air bertakung dekat dengan Pantai Taping ini pada asalnya merupakan sungai kecil. Apabila strukturnya telah berubah dan tiada tempat untuk mengalir, ia akan melimpah.
“Kalau hujan tak berhenti selama dua hari, air akan bertakung dan melimpah ke rumah penduduk yang tinggal berdekatan kawasan itu.
“Sebab itulah kita akan buka laluan air bagi memastikan tidak berlaku banjir di kawasan rumah yang berdekatan,” katanya.
@toxxxxx__Replying to @Mohd Hafizi 🇲🇾🇹🇭 kmpung xdok🤣
♬ เสียงต้นฉบับ – JARNOKE_Remix – JARNOKE_Remix
Katanya lagi, mereka perlu menunggu selama dua hingga tiga hari agar takungan air tersebut habis mengalir ke pantai. Jelasnya, kawasan tersebut akan kembali dipenuhi air bergantung kepada taburan hujan.
“Selepas air dilepaskan ke pantai, jika ombak pasang besar, alur yang dibina akan tertutup kembali dan air akan kembali bertakung lagi.
“Situasi itu akan berlaku antara tiga hingga empat kali sepanjang musim Monsun Timur Laut,” katanya.
Selain kawasan yang dikongsikan dalam video itu, terdapat beberapa kawasan lain dekat Pantai Taping yang mengalami situasi sama yang membentuk takungan air hujan.
Sumber: TikTok, Sinar Harian